Android & iOS

Android & iOS : Dead Rivals Permainan Mirip Left 4 Dead

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dead Rivals adalah permainan penembak multiplayer akan datang terbitan Gameloft. Permainan ini diilhamkan dari permainan zombi yang cukup popular, Left 4 Dead.

Permainan ini mempunyai dua watak berbeza yang boleh dimainkan, serta mempunyai bermacam jenis zombi. Jenis-jenis zombinya adalah; berjalan dengan kaki yang terseret, zombi berperisai dengan baju kalis peluru dan zombi yang gemuk.

Pun begitu, terdapat beberapa perbezaan dengan Left 4 Dead. Permainan ini bercirikan padangan orang ketiga, tidak seperti Left 4 Dead yang bercirikan pandangan orang pertama.

Seperti yang anda boleh lihat di dalam treler di bawah. Permainan ini tidak mempunyai tanda sasaran menembak, yang mana kami rasakan anda akan menembak secara automatik tanpa perlu mengawal arah tembakan.

Mungkin cabarannya adalah cara anda untuk menjimatkan penggunaan peluru dan menyelamatkan diri daripada zombi?  Mungkin ya. Mungkin tidak.

Gameloft masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi tentang tarikh pelancaran permainan ini. Permainan ini akan hadir ke platform Android dan iOS.

Sumber : droidgamers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.