Android & iOS

Android & iOS : Iron Maiden Legacy of The Beast Permainan RPG Band Metal Terkenal

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Peminat muzik Metal dan RPG boleh memuat turun Iron Maiden: Legacy Of The Beast, permainan percuma (bersama pembelian dalam permainan) yang penuh aksi.

Iron Maiden: Legacy Of The Beast adalah hasil kerjasama daripada Nodding Frog, 50cc Games dan Roadhouse Interactive.

Di dalam permainan ini anda akan bermain sebagai Eddie, maskot ikonik kumpulan Iron Maiden. Berlatar belakangkan visual yang menakjubkan, yang terdiri daripada kisah asal muzik dan seni kumpulan Iron Maiden.

Anda akan bertarung dan menyusun strategi sebagai Eddie dan sekutu-sekutunya. Diilhamkan dari tema lagu-lagu popular Iron Maiden dan dalam misi pencarian epik untuk menuntut semula jiwa Eddie yang hilang.

Kekuatan Iron Maiden: Legacy of the Beast adalah melalui sistem tempurnya. Anda  akan boleh bermain dengan kepelbagaian variasi watak Eddie yang mewakili imej Eddie dari album yang berbeza. Setiap watak Eddie datang dengan satu set kuasa dan kebolehan yang berbeza, sesetengah daripadanya adalah lebih defensif.

Iron Maiden: Legacy of the Beast sudah boleh di muat turun di iTunes App Store dan Google Play Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia