Android & iOS

Android & iOS : Membina Dan Menguruskan Keselamatan Penjara Di Dalam Prison Architect

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selepas pelancaran di PC mendapat sambutan yang menggalakkan, pembangun permainan ini telah secara rasmi mengeluarkan versi tablet untuk peranti iOS dan Android.

Permainan ini adalah percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam aplikasi, tetapi bagi mereka yang inginkan akses penuh keseluruhan permainan, anda boleh membuat pembelian dengan tanda harga $14 USD (RM 60.00 – tukaran terus.)

Di dalam Prison Architect, anda akan membina dan menguruskan penjara – termasuk susun atur pengurusan kakitangan dan menguatkuasakan peraturan. Ia merupakan gabungan simulasi dan strategi yang akan membuat anda tidak menang tangan dalam memaksimumkan keselamatan penjara yang penuh dengan penjenayah.

Ciri-ciri permainan yang terdapat di dalam Prison Architect:

  • Membina dan mengurus penjara dengan menempatkan pelbagai tahanan yang berbeza.
  • Ikuti cerita dalam mod kempen untuk mempelajari teknik-teknik pembinaan bangunan penjara dan mengenali kehidupan di penjara.
  • Dapat mengakses keseluruhan kempen dengan pembelian penuh.
  • Penjenayah berat: Menangani masalah yang ditimbul penjenayah seperti pergaduhan dan rusuhan besar-besaran.

Prison Architect sudah boleh di muat turun di iTunes App Store dan Google Play Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia