Android & iOS

Android & iOS : Old Man’s Journey Membawa Anda Menyusuri Pengembaraan Yang Indah Dan Menyentuh Hati

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Old Man’s Journey adalah terbitan Broken Rules, syarikat berpangkalan di Vienna. Anda akan bermain sebagai seorang lelaki tua yang menerima utusan surat yang seolah-olah mengandungi kata-kata amarah kepadanya.

Dia akan segera mengambil sebuah beg galas dan tongkat, lalu keluar memulakan pengembaraannya. Sepanjang perjalanan, anda perlu memanipulasi landskap untuk meneruskan pengembaraan dan menyelesaikan siri teka-teki.

Teka-teki ini tidaklah sukar, tetapi ciri permainan ini membantu menarik anda ke dalam persekitaran interaktif yang indah dan membuatkan hati anda meluap-luap dengan rasa ingin tahu di sebalik kisah lelaki tua ini.

Tiada sebarang dialog di dalam permainan ini. Hanya muzik latar belakang yang kedengaran dan bunyian ketika anda sedang berinteraksi dengan persekitaran. Apabila anda habis melalui setiap peringkat, kisah lelaki tua ini diberitahu pada akhir setiap peringkat permainan.

Permainan ini menawarkan sistem mekanik yang unik, visual yang indah dan cerita yang menakjubkan. Ia adalah satu permainan yang akan membawa anda mengharungi perjalanan yang penuh emosi.

Jika anda gemarkan permainan yang mempunyai jalan cerita yang baik dan permainan berunsurkan seni. Maka permainan ini adalah permainan yang harus anda cuba.

Permainan ini boleh dimuat turun di App Store (RM19.90) dan Google Play (RM20.99)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia