Android & iOS

Android & iOS : Permainan Buku (Gamebook) Sorcery! Kini Percuma Di Android

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pernahkan anda membaca buku cerita dimana anda diberi pilihan untuk membuat keputusan untuk melangkau ke muka surat yang berlainan?

Setiap muka surat yang anda pilih juga akan mempunyai jalan cerita dan situasi yang berbeza dengan muka surat yang lain. Selalunya pilihan itu diberi di bahagian paling bawah muka surat.

Jika anda membesar dengan membaca buku-buku seperti ini, maka anda perlu mencuba permainan buku (gamebook) RPG Socery! ini.

Sorcery! akan membawa anda menyusuri suatu pengembaraan yang merentasi Shamutanti Hills, di mana anda perlu berhadapan dan bertempur dengan raksasa, membuat keputusan yang sukar, dan mempelajari mantra sihir.

Permainan ini masih mengekalkan ciri permainan buku fizikal, dengan majoriti pilihan tindakan anda dipaparkan sebagai teks dan bukan visual. Tetapi penambahan futuristik diperkenalkan dengan peta indah yang boleh direntasi, imej lukisan tangan yang indah dan visual bergerak ketika pertempuran.

Sorcery! sudah boleh di muat turun secara percuma di Google Play Store untuk platform Android.

Bagi para pengguna iOS pula anda boleh memuat turun permainan buku ini dengan tanda harga RM19.90 di iTunes App Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.