Android & iOS

Android & iOS : Rapala Daily Catch Khas Untuk Para Kaki Pancing

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Adakah anda ingin memancing tetapi memandangkan bulan ini adalah bulan Ramadhan dan anda terpaksa menangguh hasrat anda itu?

Jangan bimbang, anda masih mampu menajamkan kemahiran memancing anda dengan bermain Rapala Daily Catch, percuma (dengan pembelian dalam permainan) di iOS dan Android.

Di dalam permainan ini anda boleh mengalami keseronokan menangkap pelbagai jenis ikan sambil menikmati lokasi yang indah 3D di seluruh Amerika Utara.

Meningkatkan kemahiran anda dalam memancing dengan kombinasi yang betul, gerakan pancingan, dan lokasi tasik untuk menangkap ikan yang lebih besar.

Anda boleh bersaing dengan rakan-rakan anda dan pemancing lain dari seluruh dunia dalam cabaran setiap hari dan pertandingan atas talian.

Rapala Daily Catch sudah boleh di muat turun secara percuma (bersama pembelian dalam permainan) di iTunes App Store dan Google Play Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.