Pilihan Kami Ulasan

Antara 10 Permainan Terbaik Sepanjang Zaman Pada Platform PlayStation 1

Diolah oleh hang92

Seperti yang anda ketahui, zaman sekarang permainan di dalam konsol sudah menjadi canggih-canggih belaka, grafiknya permainan kini seolah-olah seperti di dalam realiti.

Namun dengan kehadiran konsol seperti PS4 atau Xbox One, kita jangan lupakan dengan konsol-konsol terdahulu yang telah banyak berjasa kepada keluarga kita dan kita sendiri seperti contoh PS1.

Masih lagi kami ingat, pada zaman ketika kepopularan PS1 sedang mencanak, banyak permainan yang ditawarkan sangat seronok untuk dimainkan, bahkan masih ada orang yang sampai sekarang masih lagi bermain dengan konsol PS1 ini. Oleh itu, mari kita lihat permainan nostalgia PS1 yang dahulu sangat popular dan hampir kesemua orang memiliki PS1 pasti pernah bermain permainan di bawah ini.

1. Metal Slug

Image result for metal slug gif
Permainan yang satu ini cukup seronok dan biasanya anda akan bermain berdua dengan rakan anda. Permainan perang ini mempunyai macam-macam senjata atau jenis tembakan yang boleh anda dapatkan seperti tembakan api, peluru berpandu dan lain-lain bahkan anda juga boleh menaiki unta atau menaiki kereta kebal sambil menembak!

2. Winning Eleven


Permainan yang sangat sesuai untuk peminat bolasepak ketika itu. Kalau anda atau rakan anda kalah, biasanya anda berdua akan meminta supaya berlawan semula.

3. CTR (Crash Team Racing)

Image result for ctr gif
Permainan perlumbaan ini merupakan permainan yang biasa anda mainkan bersama rakan anda. Semua senjata atau benda seperti roket, bom, perisai dan juga ‘hula-hula’ yang boleh mempercepatkan kelajuan  anda.

4. Harvest Moon


Kalau minat anda lebih menjurus kepada berkebun. Anda akan belajar dan mengusahkan sebuah kebun dan juga ladang ternak.

5. Nascar Rumble


Permainan perlumbaan ini juga merupakan permainan yang tidak boleh dilupakan. Sesuai dengan namanya, perlumbaan kereta NASCAR, tapi yang menyebabkan permainan ini unik adalah anda juga boleh menaiki kereta lain. Seperti kereta Derek, traktor hingga bas juga ada.

6. WWF Smackdown

Image result for WWF Smackdown ps1
Permainan gusti ini pastinya menjadi kegemaran anda juga. Boleh dimainkan dengan berdua di dalam mod tag team atau mod beramai-ramai seperti Royal Rumble. Watak apa yang biasa anda gunakan?

7. Final Fantasy IX


Bagi peminat permainan berplatformkan RPG pula, pastinya permainan ini menjadi pilihan utama anda. Jalan cerita permainan ini sangat bagus jika dibandingkan dengan permainan RPG yang lain. Membuat anda betah untuk bermain.

8. Resident Evil 2


Anda harus bersiap siaga untuk menerima serangan bertubi-tubi daripada zombie dan raksasa yang terkena wabak T-virus.

9. Tony Hawk Pro Skater

Image result for Tony Hawk Pro Skater ps1
Pastinya permainan ini juga merupakan permainan wajib miliki di dalam koleksi CD permainan PS1 anda. Di dalam permainan ini, anda boleh berseluncur sebagai legenda Tony Hawk atau pemain papan seluncur yang lain!

10. Bloody Roar 2

Image result for Bloody Roar 2 ps1
Game arked yang biasanya anda mainkan bersama dengan rakan anda. Watak pahlawan yang bergaya dan boleh berubah menjadi haiwan buas dan mempunyai kekuatan luar biasa dan juga teknik-teknik kombonya. Ada Yugo The Wolf, Long The Tiger, Jenny The Bat, sampai Bakuryu The Mole!

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Anda Boleh Membandingkan Permainan Crash Bandicoot PS1 Asal Dan PS4 Baru Pada Video Ini

Siapakah Pengumpul Koleksi Permainan Video Terbanyak Dunia?

Playstation 2 : 10 Pilihan Permainan Terbaik Oleh Kami

Senarai Permainan PS2 Yang Boleh Di Main Di PS4 Setakat Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.