Ulasan

Antara Aksesori Permainan Termahal Pernah Dicipta

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kalau PS4 Pro yang berharga RM 2029 pun sudah membingungkan rakyat marhaen seperti kita. Apatah lagi ada ciptaan seperti aksesori yang dianggap rare khas untuk pengumpul koleksi yang sanggup menghabiskan wang sehingga ribuan ringgit.

Kita tahu ia sukar untuk dibayangkan, tetapi ada orang yang memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar kepada perkara yang kami rasakan tidak berguna dan semata-mata untuk menghiburkan diri.

Kami tidak bercakap mengenai membelanjakan wang untuk iPhone 7 Plus terbaru.

BACA DI SINI UNTUK MENGETAHUI KONSOL TERMAHAL DI DUNIA

Tuan-tuan dan puan-puan, mari kami memperkenalkan kepada anda beberapa ciptaan yang paling mahal seperti konsol permainan video di planet ini.

1 – Steel Battalion Controller Set

Harga : RM 888.00

Dicipta pada tahun 2004, apabila anda membeli permainan Capcom Steel Batalion dan berserta pakej dengan Xbox anda juga layak memperolehi jentera seperti ini.

Pengawal ini mengingatkan sesuatu yang anda mungkin pernah tonton daripada filem 1980-an. Pengawal yang awesome ini hanya sesuai untuk permainan Steel Batalion dengan kata lain ekslusif untuk permainan Steel Battalion sahaja.

Kalau ekslusif confirm seronok dapat main pakai pengawal ni kan.

2 – Resident Evil 6, Premium Edition

Harga : RM 5940.72

Apabila Resident Evil 6 dikeluarkan, Capcom menghasilkan edisi khas untuk permainan tersebut dan kemudian diikuti dengan edisi premium, sama dengan apa yang mereka lakukan dengan Resident Evil Revelations terdahulu.

Dan untuk pengetahuan anda, Capcom mengeluarkan jam tangan edisi terhad BSAA dengan permainan Resident Evil Revelations.

Jadi apa yang membuat versi Resident Evil 6 begitu istimewa? Ia datang dengan versi replika jaket kulit Leon.

Pembeli juga mendapat empat kotak replika tablet seperti yang digunakan dalam permainan untuk menyimpan barang-barang kesihatan. Permainan ini juga datang dengan beberapa pelekat dan peta untuk mod arked.

3 – Xbox 360 Gold Faceplate

Harga : RM 159,840.00

Pada tahun 2005, item yang unik ini muncul di eBay. Dibentuk dari 999.9 auns emas 24 karat dan direka untuk menggantikan plat hadapan Xbox yang sedia ada dengan semua port USB yang sesuai.

Ia dijual dengan harga RM 159,840.00 dan mengubah Xbox Normal 360 kepada sistem konsol yang bernilai lebih daripada kebanyakan Xbox yang pernah ada.

Hahaha.. nak tukar bumper kereta yang ‘bersukan’ pun kami tak mampu.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.