Ulasan

Antara Artis Hollywood Yang Bermain Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Jangan malu jika anda sudah berumur dan merupakan peminat permainan video tegar sehingga kini.

Berehat di sofa kesayangan anda dengan pengawal di tangan anda kini bukan sahaja dikhususkan untuk remaja sahaja hari ini.

Baca juga : Death Stranding : Ura ura kemunculan pelakon Hollywood popular Emma Stone

Ada selebriti di Hollywood yang menggunakan masa terluang mereka dengan bermain permainan video mereka.

Jika dilihat senarai di bawah terdapat ramai bintang filem ini yang menggunakan permainan video konsol sama sahaja seperti yang kita lakukan.

Zac Afrons

Image result for Zac Efron's xbox

Bop to the top!

Zac antara selebriti yang kerap menghabiskan masa terluang dengan pemainan video. Dia lebih cenderung dengan permainan XBOX kerana Halo adalah antara permainan kegemarannya.

Michelle Rodriguez

Image result for Michelle Rodriguez xbox

Michele yang berlakon sebagai awek Dominic Toretto ini antara peminat permainan Halo dan COD

Harry Cavill

Image result for harry cavill warcraft

Harry pernah hampir kehilangan wataknya sebagai Man of Steel kerana terlampau taksub bermain World of Warcraft. Hahaha kerja lagi penting daripada permainan ini bro. Nanti-nanti pun boleh.

Megan Fox

Image result for Megan Fox gaming

Panas sungguh melihat Megan ini. Ada 3 permainan yang diminati oleh Megan; Halo, Mortal Kombat, dan Guitar Hero

Matthew Perry

Image result for Matthew Perry gaming

Walaupun dia ini terlambat sedikit untuk bermula untuk bermain permainan video, dia mulakan dengan permainan Fallout 3. Untuk pengetahuan anda, watak Benny dalam Fallout New Vegas telah menggunakan suara dia.

Jessica Alba

Image result for Jessica Alba gaming

Adik beradik Jordi Alba ke  dia ni? Jessica mula bermain menggunakan platform Wii dan dia pernah berkata dalam satu sesi bual bicara bahawa dia pernah tidak sedar bermain permainan Wii sehingga berjam-jam.

Dia mengggunakan platform Wii kerana menyukai dengan permainan Wii Fit. 

Ben Foster

Image result for Ben Foster gaming

Ben Foster dikenali sebagai watak Medivh di dalam Warcraft. Tetapi pada masa mudanya dia merupakan salah seorang pemain World of WARCRAFT.

Dia pernah menghabiskan 18 jam untuk bermain World Warcraft. Nasib tak jadi macam pemuda Korea tu.

Baca juga : Rekod Kematian Yang Disebabkan Oleh Permainan Video

Daniel Craig

Image result for Daniel Craig gaming

Bintang utama James Bond ini menggunakan platform permainan James Bond untuk dia belajar dan menyelami wataknya dalam filem akan datang.

Seronoknya.

Agak-agak berapa lama masa yang diperlukan Daniel untuk menyelami watak dia?

Rumusan

Itu baru cerita artis Holywood, kita di Malaysia bagaimana?

Adakah anda mengenali mana-mana artis Malaysia yang gemar bermain permainan konsol untuk menghabiskan masa terluang mereka?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.