Pilihan Kami Ulasan

Antara Artis Malaysia Yang Bermain Permainan Konsol

Diolah oleh hang92

Ada selebriti di Malaysia yang menggunakan masa lapang mereka dengan bermain permainan video kegemaran mereka.

Mereka ini bermain permainan video konsol sama sahaja seperti yang kita lakukan sekarang.

Maka tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan golongan artis juga adalah seperti kita, mereka memerlukan permainan video untuk berehat daripada kerja dan meluangkan masa dengan keluarga.

Jika dilihat senarai di bawah ini, hanya sebilangan sahaja yang dapat ditulis kerana kekurangan fakta dan sumber.

Jadi, mari kita saksikan artis mana yang tersenarai di bawah ini

Jep Sepahtu

Image may contain: text

Jep Sepahtu pun turut minat berminat bermain permainan konsol. Untung sebenarnya Sari Yanti mempunyai suami kaki main konsol ini. Sebabnya, Jep tidak akan keluar rumah untuk buat benda yang tidak berfaedah, lebih baik duduk di rumah.

Untuk Jep Sepahtu, bertabahlah menghadapi karenah isteri. Nanti cuba bawa berbincang di dalam drama JKK.

Kebiasaannya 😎 #pirlo

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Permainan yang disukai Jep Sepahtu? Permainan keluran EA iaitu FIFA.

Cuba anda lihat hashtag yang ditulis oleh Jep sendiri, kebiasaanya #pirlo

Johan

Siapa tidak kenal dengan penghibur terkenal ini. Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz juga turut menggemari permainan konsol FIFA keluaran EA Sports.

Jika dilihat dengan susun atur barangan di rumah Johan, ermm artis yang mempunyai pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan ini juga macam kita juga rupanya.

Agaknya rumah bersepah itu adalah kunci kebahagiaan rumah bersama.

Hairul Azreen

Image may contain: 1 person, drink and indoor

Hairul Azreen atau nama penuhnya Hairul Azreen Bin Idris merupakan pelakon Malaysia. Hairul dilahirkan pada 23 April 1988 dan dilahir dan dibesarkan di Taman Sri Serdang, Selangor.

Image may contain: 2 people, people smiling

Untung badan apabila si isteri, Hanis Zalikha belanja permainan PS4. Macam ni lah baru suami sayang pada isteri.

Apa PSN ID untuk Hairul Azreen? Mungkin kita boleh beramai-ramai bertarung dengan Hairul Azreen.

Shuk Balas / SYJ / Joras 

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar ialah seorang pelawak, pengacara tv dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang.

Image may contain: 1 person, standing

Macam biasa, kebanyakkan artis di Malaysia gemar bermain FIFA sebagai permainan pada masa lapang mereka. Begitu jugalah dengan pilihan Shuk, dia juga gemar bermain permainan FIFA.

Yus Jambu 

Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia.

Image result for pak yus

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Perlis.

Semasa hayat beliau, beliau telah menggunakan PSN ID briena76.

Cuba lihat jumlah trofi yang telah dicapai oleh beliau. Agak banyak juga.

Al-Fatihah ke atas roh beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Elizabeth Tan

Artis yang lebih suka dipanggil nama Lizzy ini walaupun tidak bermain platfom konsol tetapi dia layak sebenarnya dimasukkan dalam senarai ini.

Kerana dia adalah satu-satunya Elizabeth Tan di dunia ini.

Jika dibaca tulisan dalam gambar ini, Lizzy gemar bermain genre RPG.

Rumusan

Sebenarnya ramai lagi artis-artis di Malaysia yang gemar bermain permainan konsol pada waktu lapang mereka cuma hanya mereka tidak pamerkan di media sosial sahaja.

Adakah anda mengenali mana-mana artis Malaysia yang gemar bermain permainan konsol ini? Tag nama mereka di ruang komen kami!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.