Pilihan Kami Ulasan

Antara Gelagat Pemain Yang Kami Perhati Setakat 2017

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Walaupun ada orang yang bermain permainan video ini jika diperhatikan lebih gembira hidupnya dan yang lebih penting lagi permainan itu dapat memberi ketenangan kepada sesetengah pemain.

NAMUN

Terkadang apabila kami melihat ada segelintir pemain seperti bersungguh bermain sesuatu permainan, kami tidak nafikan kami ada tergelak huhuhu kecil melihat gelagat pemain-pemain ini apabila begitu menjiwai permainan yang mereka sedang main itu.

Berikut adalah 7 gelagat yang kami perhatikan apabila orang yang bermain permainan video ini tetapi melakukan beberapa gelagat aneh dimana ianya tidak memberi apa-apa kesan terhadap mutu permainan mereka.

1 – Menekan butang X sementara menunggu skrin loading

Ini mungkin perkara yang paling biasa kami segelintir pemain lakukan,. Mereka sering melakukan perkara ini biasanya pada permainan dunia terbuka kerana tidak sabar untuk menunggu masa loading untuk ke peringkat yang seterusnya. 

2 – Menjerit kepada watak yang dikawal agar menuruti arahan anda

Seseorang boleh terlupa dia sedang bermain permainan dengan watak yang perlu dikawal.  Tetapi dia tetap menjerit supaya watak yang dimainkan supaya mengikuti arahan dari mulutnya. .

Contoh : anda sedang bermain permainan FIFA17 dan sambil pihak musuh menyerang anda. Mulut anda terkumat kamit meminta pemain pasukan anda itu merebut kembali bola yang dibawa.

3 – Cuba mendongak atau mengintip samaada musuh berada di sebelah sana atau tidak.

Anda cuba mengintai sebelum anda keluar dari tempat menyorok anda sedangkan watak yang dimainkan tidak bergerak dan masih lagi dalam keadaan menyorok dan bertahan tetapi anda cuba mengintai bagi pihak watak anda.

Anda perlu tahu untuk anda melihat ke sebelah dan di sebalik sana anda perlu mengawal watak anda untuk melihat bukan anda sendiri yang cuba melihat.

4 – Menekan butang sekuat hati semasa bermain permainan pertempuran atau berlumba.

Satu lagi perkara yang selalu berlaku. Anda tekan kuat mana pun butang pengawal anda tidak akan mendatangkan apa-apa kesan seperti lebihan pecutan atau kelajuan.

Apa yang pasti adalah usia pengawal anda akan tamat dengan cepat.

5 – Membuat pengawal anda seperti anda sedang mengawal kenderaan.

Ini kami akui. Kami memang selalu buat begini apabila berhadapan dengan permainan perlumbaan.

Selalu terjadi pada permainan berlumba dan sering belaku apabila tiba-tiba terdapat sudut atau anda ingin melakukan drift, anda perlu belok ke kiri dan secara automatik tangan juga turut ke kiri, belok kanan tangan juga turut ke kanan.

Kami faham anda inginkan peristiwa ini benar-benar terjadi seperti anda sendiri yang membawa kereta. Kan lebih baik beli terus set stereng kereta yang dijual untuk permainan konsol.

Tapi jika anda sudah membeli stereng khas ini hati-hati takut terhayun tangan kat orang sebelah pula.

6 – Menutup mata apabila bermain permainan seram

Sedangkan kami sendiri bila masuk rumah hantu di Sunway Lagoon sampai ke pintu terakhir pun masih menutup mata dan telinga.

Ini pula yang berani bermain permainan seram. Geng, kami tabik hormat kepada anda iaitu pemain yang berani bermain permainan seram kerana anda mempunyai sifat berani dan kental.

Tapi bagi  yang lemah semangat seperti kami yang tidak berapa menyukai bermain permainan seram ini, kerap juga kami menutup mata kerana takut dengan elemen terkejut dan seram permainan tersebut.

Ini sedikit nasihat daripada kami untuk anda dan kami sendiri, apa kata selepas ini kita kuatkan hati untuk bermain permainan seram sambil buka mata kerana ianya dapat melatih jantung dan juga mengatasi sifat takut kita dalam masa yang sama.

7 – Paling tak masuk akal. Cuba turut menahan nafas sementara watak yang dimainkan dalam mod menyelam.

Siapa pernah buat macam ini dia hebat atau siapa pernah buat macam ni dia tidak berapa betul, dapatkan rawatan segera di klinik 1Malaysia yang berdekatan.

Hal ini terjadi kerana ada misi yang perlu dilakukan yang memerlukan watak di dalam air dan perlu menyelam. Paling menarik anda juga turut menahan nafas seperti watak dalam permainan.

Anda percaya bahawa anda dan watak anda adalah sebagai satu entiti dengan satu naluri hati. Kenapa ye anda buat sedemikian? Kami kurang jelas.

Kesimpulan

Biasalah tu, kami pun ada buat juga sebahagian gelagat di atas. Cuma tahan nafas bila watak dalam air tu kami masih tidak boleh terima.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.