Tips

Antara Kelebihan Xbox One Yang Anda Tidak Tahu

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Adakah anda rasa anda tahu kesemuanya tentang ciri-ciri Xbox One? Fikir balik.

Kami akan menyenaraikan kepada anda 5 ciri-ciri Xbox One kepada anda, dan mungkin anda tidak tahu wujudnya ciri-ciri yang dinyatakan dibawah ini.

Anda boleh meneruskan progress permainan yang disimpan di konsol Xbox lain

Image result for how to continue game progress in xbox

Tidak kira permainan apa sekalipun, jika anda menyimpan progress atau kemajuan anda di platform Xbox secara automatik sistem simpanan awan Xbox akan membuat fail simpanan dari permainan yang anda main.

Jadi , jika anda berkunjung ke rumah rakan-rakan dan rakan anda mempunyai konsol Xbox anda boleh teruskan bermain di tahap mana kemajuan yang telah disimpan.

Hebat juga Xbox One ni.

Lihat berapa banyak konsol anda menggunakan data internet

Image result for See how much data your xbox

Jika anda sedang berada di kawasan yang tidak mempunyai kelajuan yang optima, anda mungkin perlu menjaga berapa banyak kelajuan dan had yang telah anda gunakan kerana ingin menjimatkan data.

Untuk menyemak berapa banyak data yang telah digunakan oleh Xbox One anda, maka anda hanya perlu pergi ke Setting – Network – Bandwidth Usage

Teruskan permainan Xbox 360 anda pada Xbox One baru anda

Continue your Xbox 360 games on your new Xbox One.

Untuk pengetahuan anda, lebih 200 tajuk permainan daripada platform Xbox 360 sudah boleh dimainkan di platform Xbox One.

Tetapi tahukah anda bahawa jika anda pernah berhenti bermain pada Xbox 360, permainan pada Xbox One akan dimulakan tepat pada tempat yang anda berhenti bermain?

Untuk membolehkan permainan Xbox 360 dimainkan pada platform Xbox One anda hanya perlu mengaktifkan sistem simpanan awan daripada Xbox 360 pada tetapan iaitu Setting – Storage – Cloud Saved Games dan pilih Enable

Seterusnya mulakan permainan dari Xbox 360 anda, berhenti dimana-mana tempat yang anda sedang bermain, jika anda ada menyimpan tahap kemajuan permainan tersebut sila pilih “Cloud Saved Games“. Kemudian selepas sudah menyimpan anda sudah boleh memulakan permainan yang disimpan tadi pada Xbox One.

Menggunakan telefon pintar anda sebagi papan kekunci

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Xbox One  Smartglass pada Android atau iPhone anda (pastikan anda tidak memuat turun versi 360 ).

Aplikasi ini juga mempunyai beberapa ciri lain selain seperti anda boleh menggunakannya untuk memeriksa pencapaian anda dan kemajuan permainan anda.

Streaming permainan Xbox One anda melalui Windows 10

Stream Xbox One games to your Windows 10 PC.

Jika Sony mempunyai Remote Play iaitu operasi streaming dari PS4, anda mungkin tidak tahu Microsoft juga mempunyai teknologi yang hampir sama dengan Remote Play dari Sony.

Selagi PC atau Tablet anda menggunakan Windows 10 dan mempunyai sambungan WIFI, anda sudah pasti layak untuk menggunakan ciri ini.

Mulakan dengan tetapan berikut, Settings – Allow Game Streaming (di bahagian Xbox Preferences ) dan teruskan permainan pilihan anda ke konsol. Anda perlu masuk ke Xbox Live melalui PC / Tablet dan anda perlu sambungkan pengawal anda dengan PC / TABLET

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.