Pilihan Kami Ulasan

Antara Konsol Yang Termahal Pernah Dicipta

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kalau PS4 Pro yang berharga Rm1799 dan ditambah TV 4K HDR RM3499 sudah membingungkan rakyat marhaen seperti kita. Apatah lagi ada ciptaan seperti konsol yang bertatahkan berlian dan kilauan emas yang mencecah harga jutaan ringgit.

Kita tahu ia sukar untuk dibayangkan, tetapi ada orang yang memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar kepada perkara yang kami rasakan tidak berguna dan semata-mata untuk menghiburkan diri.

Kami tidak bercakap mengenai membelanjakan wang untuk iPhone 7 Plus terbaru.

Tuan-tuan dan puan-puan, mari kami memperkenalkan kepada anda beberapa ciptaan yang paling mahal seperti konsol permainan video di planet ini.

1 – Rose Gold PS4

Harga : RM 603,840.00

Direka oleh tukang emas Itali yang terkenal dan dijual oleh peruncit terkemuka di Dubai dipanggil Jumbo Electronics, Playstation 4 secara harfiahnya disalut dengan emas ros.

Di dalam sistemnya mengandungi lebih daripada 220 gram emas 9 karat (PS4 mengandungi kira-kira 6 gram)

Konsol ini telah dicipta oleh Gatti Luxury Labs dan diumumkan pada konvensyen permainan di Dubai. — memang yang mahal sahaja orang Dubai beli kan, boros betul diorang ni.

2 – Playstation 3 Supreme

Harga : RM 1,434,120.00

Ia mengambil masa dua belas minggu dari awal hingga akhir untuk membina sistem ini. Dibina oleh pereka sama, seorang lelaki yang membuat iPhone diselaputi berlian, PS3 ini disalut dalam dan bahagian luar dengan emas 22-karat.

Ada lebih 1,600 gram emas digunakan di bahagian luar dan ada 58 berlian setengah karat yang digunakan sebagai hiasan. Seperti Nintedno Wii Supreme, hanya terdapat tiga sahaja pernah dibina. Rare kot PS3 ni..

Tapi sekarang dah ada PS4 mesti dia rasa nak jual balik PS3 dia.. nyehnyehnyeh

3 – Nintendo Wii Supreme

Harga : RM 2,136,750.0

Ini yang paling mahal untuk sistem permainan video yang pernah dibuat. Mengapa ada orang yang mahu menghabiskan hampir jutaan ringgit pada sistem permainan, terutama yang Nintendo Wii, adalah di luar jangkaan kita.

Jika anda mempunyai keinginan untuk memiliki sistem permainan yang paling mahal dengan 2.5 kilogram, 22-karat emas maka ini adalah sistem untuk anda.

Direka oleh Stuart Hughes daripada Goldstriker Antarabangsa, Wii Supreme menampilkan butang depan dihiasi dengan berlian 19.5 karat. Semua diberitahu hanya tiga daripada sistem-sistem ini yang pernah dibina..

Ada beza ke main yang ni dengan kita beli kat Lazada punya tu.. Hurmmm
Apa komen anda?

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.