Pilihan Kami Ulasan

Antara Permainan Video Yang Sangat Sukar Untuk Ditemui

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Bagi sesetengah orang, permainan adalah lebih daripada permainan kebiasaan yang kita bermain pada setiap hari. Mereka menjadikan permainan lebih daripada hobi atau koleksi.

Secara peribadi, kami membuat keputusan untuk tidak membuang koleksi lama permainan video, walaupun isteri kami pernah mengugut untuk membuang koleksi permainan video kerana dianggap menyemak.

Kami tahu bahawa kami tidak menghabiskan berjam-jam untuk bermain permainan lama ini, tetapi permainan video ini telah mengingatkan kami kepada memori yang terindah pada zaman kanak-kanak. Itupun isteri tak faham.

Berikut adalah senarai beberapa permainan yang sangat jarang ditemui.

Chase the Chuck Wagon

Image result for Chase the Chuck Wagon

Permainan yang menggunakan platform Atari 2600 ini telah secara rasmi menjadi barang yang sukar untuk dicari.

Permainan ini menggunakan perniagaan makanan anjing sebagai salah satu cara pemasaran kerana pada tahun 1980 konsol menjadi salah satu tarikan untuk berseronok pada zaman itu.

Permainan Chuck Wagon ini hanya boleh di tebus dari pesanan pos dengan memesan bungkusan makanan anjing untuk menebus permainan Chuck Wagon tersebut.

Tetapi cara permasaran tersebut tidak berjaya lalu diistiharkan sebagai barangan pengumpul. 

Air Raid

Image result for Air Raid game

Antara permainan perngumpul dan hanya 12 salinan sahaja yang pernah ada dan diketahui sehingga sekarang. Katrij lengkap siap dengan kotak dan arahannya pernah terjual dengan harga RM 146,956 pada tahun 2010. 

Pepsi Invaders

Image result for Pepsi Invaders

Permainan ini telah dibungkus dalam kartrij hitam tanpa label bersama-sama dengan konsol Atari 2600, dan hanya dikeluarkan pada konvensyen pada tahun 1983 kepada 125 eksekutif jualan yang hadir.

Disebabkan pengeluaran sangat terhad, ia kini sangat dicari oleh pengumpul, dengan salinannya dijual di eBay untuk harga RM 8021 pada tahun 2005 dan melonjak pada RM 9340 pada tahun 2010. 

Stadium Events

Image result for Stadium Events game

Dianggarkan 200 salinan Stadium Events telah dijual kepada pengguna di Amerika Utara sebelum dipanggil semula untuk penjenamaan semula sebagai Family Fun Fitness.

Versi Stadium Events di Amerika dianggap menjadi antara permainan NES yang jarang ditemui, telah dijual sehingga RM 154,282 di pasaran untuk pengumpul permainan video.

Tetris (1989)

Image result for tetris 1989

Hanya 8 salinan sahaja yang dikeluarkan sebelum dipanggil semula kerana isu hak cipta. Kerana pada masa itu terdapat beberapa syarikat ingin mengeluarkan perisian Tetris untuk permainan rumah.

Sebelum Atari mendapat hak cipta dan dikeluarkan untuk permainan Game Boy pula.

Nintendo World Championships

Image result for Nintendo World Championships

Katrij Nintendo World Championships ini sangat rare dan hanya orang tertentu sahaja yang memilikinya.

Hanya 90 unit dikeluarkan berwarna kelabu dan digunakan semasa pertandingan dan katrij berwarna emas hanya 26 unit dibuat untuk pemilik oleh sang juara.

Katrij ini juga dianggap sangat RARE dalam sejarah NES. Pernah terjual untuk versi katrij emas sehingga RM 439,936 di Ebay. 

Nintendo Campus Challenge (1991, 1992)

Image result for Nintendo Campus Challenge

Permainan Nintendo Campus Challenge kebanyakannya telah musnah setelah sekian lama dianggap sudah tidak digunakan oleh generasi pada waktu itu.

Tetapi pada tahun 2006 wujud satu-satunya katrij dan ianya berada ditangan Rob Walters dan telah dibeli oleh JJ Hendricks dengan harga RM 61,537  tetapi telah dijual semula selepas 3 bulan melalui Ebay dengan harga RM 88,349

Nintendo PowerFest ’94

Image result for Nintendo PowerFest '94

Nintendo hanya menghasilkan 33 katrij sahaja pada zaman tersebut dan digunakan untuk acara Powerfest 94.

Daripada 33 katrij itu hanya dua sahaja yang diketahui masih wujud dan salah satunya berada di tangan JJ Hendrick. 

KIZUNA ENCOUNTER 1996

Image result for KIZUNA ENCOUNTER 1996

Apa yang rare tentang Kizuna ini sedangkan banyak sahaja salinan yang dibuat? Sebenarnya apa yang rare adalah untuk pasaran Eropah pada waktu itu adalah sangat terhad untuk pengumpul dan hanya dikeluarkan sebanyak 15 salinan.

Di Jepun pula, bungkusan yang tidak dibuka pada katrij permainan ini adalah salah satu cara untuk tahu samada ianya barang pengumpul atau tidak.

Harga penjualannya sekitar Rm 40K sehingga RM 50K seunit.

Uncharted 2: Among Thieves Fortune Hunter Edition (2009)

Image result for Uncharted 2: Among Thieves Fortune Hunter Edition (2009)

Permainan ini telah mengumpul ramai peminat di seluruh dunia, namun untuk edisi Among Thieves Fortune Hunter Edition ini hanya terdapat 200 salinan sahaja dan dijual di Ebay sekitar RM 16K sehingga RM 22K.

Di dalam koleksi ini terdapat Phurba Dagger, panduan strategi, buku seni, dan bekas pengumpul eksklusif yang ditandatangani khas untuk pembeli dan tidak didapati dimana-mana kedai pun dan hanya diberikan sebagai hadiah oleh Blog Playstation Home. 

NBA Elite 11 2010

Image result for NBA Elite 11 2010 rare

Selepas 18 bulan dilancarkan, pembangun mendapati permainan ini berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kontroversi dan pelbagai kritikan lalu pihak pembangun menghentikan pengeluaran kerana ingin menyelesaikan masalah tertentu.

Pihak pembangun ingin membaiki semula sistem kawalan pemain sebelum ditarik balik dan permainan ini telah dikira sebagai barangan pengumpul. 

JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle Exquisite Edition (2013)

Image result for JoJo's Bizarre Adventure: All Star Battle Exquisite Edition (2013)

Terdapat beberapa edisi terhad untuk permainan ini seperti “Gold Experience Box” dan “All Star Battle”  dan hanya dijual melalui Amazon dan ClubNamco.com.

Setiap edisi adalah terhad dan telah dilelong untuk memberi dana kepada badan kebajikan. 

Baca tajuk lain seperti ini di konsol.my

Siapakah Pengumpul Koleksi Permainan Video Terbanyak Dunia?

NES Classic Editions Dijual Setiap 2 Minit di eBay Ketika Ini

Antara Aksesori Permainan Termahal Pernah Dicipta

Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.