Pilihan Kami Ulasan

Antara Permainan Yang Sudah Mencecah 20 Tahun Pada Tahun Ini

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Permainan yang hebat pasti bermula dengan sesuatu pelan perancangan yang hebat. Dan adakala sesetengah permainan ini mengambil sehingga 10 tahun untuk dilancarkan.

Tetapi tahukah anda beberapa permainan yang sudah menyambut ulang tahun yang ke 20 pada tahun 2017 ini?

Duke Nukem Forever

Walaupun permainan ini dikeluarkan pada 2012, percaya atau tidak, pengeluaran untuk Duke Nukem Forever bermula pada tahun 1997.

Ini bermakna bahawa kewujudan permainan ini sudah mencecah 20 tahun pada tahun ini.

Duke Nukem Forever telah diumumkan pada bulan April 1997 dan mengambil masa 11 tahun untuk di keluarkan.

Kemudian pada tahun 2012, Duke Nukem Forever telah dilancarkan kepada dunia permainan dan merupakan tajuk yang besar ketika itu.

Sejak itu, versi 3D permainan klasik ini telah dikeluarkan semula pada setiap platform permainan dan telah dibikin jauh lebih baik daripada permainan asal dimana ianya yang mengambil lebih 11 tahun untuk dilancarkan.

Fallout

Percaya atau tidak, tetapi Fallout adalah permainan yang sangat berbeza apabila ia asalnya dikeluarkan pada tahun 1997.

Permainan ini dibangunkan oleh syarikat Inter Play dan Black Isle Studios.

Pengalaman selama 20 tahun menjadikan permainan ini setiap sirinya mempunyai perbezaan dari segi pertempuran atau dunia terbukanya samada Fallout 1, 2 atau 4.

Oddworld: Abe’s Oddysee

Salah satu daripada permainan bergenre platform paling ikonik yang dikeluarkan pada tahun 1997.

Permainan ini telah mengubah cara kita melihat makanan untuk selamanya. Oddworld: Abe Oddysee adalah satu pengembaraan yang hebat melalui dunia Rupture Farms yang diketuai oleh Abe untuk menyelamatkan spesiesnya daripada pupus.

Kilang ini telah mengubahnya kaumnya menjadi aiskrim batang. Abe menggunakan semua cara untuk menyelamatkan seberapa banyak Mudokons yang mungkin atau mereka akan ditukar menjadi makanan.

Grand Theft Auto

20 tahun yang lalu permainan legenda ini dilahirkan dalam bentuk yang sungguh mengancam. Permainan aksi ini juga dikenali sebagai GTA.

Permainan ini asalnya dikeluarkan pada tahun 1997 untuk PC, dan ia mempunyai ciri-ciri keganasan, dan genre  ini berterusan sehingga mentakrifkan cara GTA dimainkan sehingga kini.

GTA telah menghasilkan beberapa sekuel untuk siri ini, kini siri paling terbaru iaitu GTA V, antara tajuk besar yang kita kenali pada tahun 2017.

Tekken 3

Walaupun permainan tidak dikeluarkan pada Playstation sehingga tahun 1998, permainan aksi tempur ini membuat kemunculan sulung di arked pada tahun 1997, dan ia mendapat sambutan hangat.

Ramai daripada kita membesar dengan permainan ini.

Antara karakter yang ada ketika itu  ialah Heihachi MishimaLei WulongNina WilliamsPaul PhoenixKing (Tekken)Kuma (Tekken), dan Yoshimitsu dan mula menyusul watak seperti Marshall Law, Jack-2, Baek Doo San, Armor King, Bruce Irvin, Roger, Alex, Ganryu, Lee Chaolan, Kunimitsu, Wang Jinrei, Devil, Angel, Michelle Chang, Kazuya Mishima, Jun Kazama dan Prototype Jack.

Jadi permainan apa yang tidak kami sebut di sini? Lontarkan pandangan anda di ruangan komen kami

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.