Pilihan Kami Ulasan

Antara Pilihan Permainan Dunia Terbuka Yang Terbaik

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Tidak ada yang begitu memuaskan apabila kita bermain pada platform dunia terbuka yang besar.

Seperti contoh, permainan Grand Theft Auto, Assassin Creed, dan lain-lain merupakan permainan dunia terbuka yang menawarkan keseronokan dalam kehidupan kita terutamanya jika anda boleh mencuri kuda dan membakar apa-apa sahaja tanpa perlu ditangkap oleh penguatkuasa.

Permainan dunia terbuka yang terbaik bagi kami  adalah dunia yang sepenuhnya mempunyai kebebasan dan pilihan, dan diisi dengan sejuta pengembaraan kecil yang lain.

Tetapi tidak semua permainan dunia terbuka adalah sama. Permainan yang disenaraikan di sini mewakili yang terbaik dalam genre mereka. Kami tentukan kualiti permainan ini mengikut rekabentuk bandar secara keseluruhan, kerajaan-kerajaan, dan sehingga benua yang dibentuk dengan pencirian yang rumit.

Jika anda mempunyai kira-kira 200 jam masa untuk dihabiskan dan mahu mengembara ke alam yang lain. Anda mempunyai banyak pilihan, ini adalah pilihan kami untuk 5 permainan dunia terbuka terbaik sepanjang masa.

Adakah anda mempunyai pilihan lain yang tersendiri? Nyatakan dalam ruangan komen!

The Witcher 3: Wild Hunt

Related image

Tidak syak lagi bahawa sebelum Horizon Zero Dawn, The Witcher 3: Wild Hunt adalah yang terbaik bagi permainan dunia terbuka ini.

Persekitarannya yang hebat, sistem cuaca yang dinamik dan jangan lupa kecantikan luaran pada benda alah ini sama sekali, satu pengalaman yang kita tidak pernah alami sebelum pelepasan permainan ini.

Dari pergunungan bersalji Skellige, ke lembah-lembah yang subur Toussaint, serta berjalan di pakej tambahan DLC Blood and Wine.

Fallout 4

Image result for Fallout 4 gif

Bethesda sentiasa mempunyai idea yang hebat untuk membangunkan permainan dunia terbuka, dan apabila Fallout 4 dikeluarkan, kami tahu bahawa permainan ini akan mengalahkan semua siri permainan Fallout sebelum ini.

Permainan ini dimainkan di tanah terbiar Boston, Fallout 4 mempunyai banyak lokasi, makhluk, dan misi untuk diselesaikan.

Semasa anda sedang mengembara anda akan dapati ada beberapa tempat yang pelik daripada peta seperti CRAZY CAT CABIN, CAR-HENGE, THE ROCKET SHED, dan WRECK OF THE FV ORCA.

Assassin’s Creed IV: Black Flag

Image result for Assassin’s Creed IV: Black Flag gif

Kami tahu siri Assassin Creed ini agak lama dibandingkan dengan permainan yang lain dalam senarai ini tetapi bagi kami ini adalah siri terbaik bagi Assassin Creed.

Permainan ini membawa pemain ke berbagai pulau dan tempat bersembunyi lanun. Siri ini juga mempunyai peta lebih besar dari yang sebelumnya.

Setiap pulau yang dikunjungi pemain pasti ada gua untuk dia terokai. Setiap bandar juga lebih besar dari yang siri lalu jadi. Teruskan belayar. 

Grand Theft Auto V

Image result for Grand Theft Auto V gif

Selama bertahun-tahun siri ini berjaya menarik minat setiap pemain baru mencuba permainan ini. Dalam permainan ini seperti dunia biasa sahaja, berjalan di bandar, melihat orang lain bersosial, membawa kereta dan bandar yang dipenuhi iklan-iklan.

Dalam GTA V juga tidak kurang dengan aktiviti untuk dicuba seperti menurun bukit menggunakan basikal atau melompat dari tempat tinggi menggunakan payung terjun, malah anda juga boleh membawa jet.

Horizon Zero Dawn

Image result for Horizon Zero Dawn gif

Tidak sah jika HZD tiada dalam senarai ini, permainan yang baru-baru ini mencetuskan fenomena Aloy. Permainan dunia terbuka yang menawarkan grafik yang cemerlang membuatkan pemain sejuk hati apabila melihat Aloy.

Aloy yang telah diabaikan oleh puaknya perlu menjalankan misi dan berlawan dengan robot-robot disekelilingnya dan adakalanya robot ini boleh ditunggang oleh Aloy sendiri.

Final Fantasy XV

Image result for Final Fantasy XV gif

Square Enix dikenali dengan siri permainan Final Fantasy mereka dan ianya tidak pernah mengecewakan untuk permainan dunia terbuka.

Kami sangat berpuas hati dengan grafik yang disediakan oleh mereka tidak kira dari pada siri anime atau permainan video mereka.

Tetapi permainan ini tidak akan berseri dan menyeronokkan tanpa kehadiran musuh tidak kira samada di tasik, hutan, bandar dan sewaktu dengannya. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.