Ulasan

Antara Pilihan Stereng Permainan Perlumbaan Terbaik

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Jika anda suka bermain permainan perlumbaan pada konsol atau PC dengan kerap, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membeli roda stereng perlumbaan khusus untuk meningkatkan pengalaman permainan anda.

Sama ada anda memiliki Xbox, PlayStation, atau PC, kami akan membantu anda memilih manakah satu yang paling sesuai untuk platform dan bajet anda.

Thrustmaster VG TX Racing Steering Wheel (~ RM 2022.27)

Thrustmaster VG TX ialah stereng generasi masa hadapan yang mempunyai prestasi perlumbaan yang sangat baik. Ia adalah sangat lancar dan mempunyai lapik logam yang menjadikan ia sesuai dengan pelbagai bentuk meja.

Ciri pedal pecutan yang sensitif membolehkan anda untuk memecut kereta perlumbaan anda dengan cepat. Ia menggunakan daya maklumbalas yang realisitik membuat anda merasa seperti anda mengendalikan kereta sebenar.

Kualiti keseluruhan agak memuaskan dengan pedal yang lebar.

GH Wii U Gaming Steering Wheel (~ RM 57.23)

Ini adalah pilihan yang tepat untuk pelbagai siri permainan seperti Need for Speed, Mario Kart 8, Sports Connection ,Tank! dan sewaktu dengannya.

Ia direka untuk kualiti yang tinggi. Reka bentuk cengkaman menjadikannya sesuai untuk kegunaan lama tanpa mengalami keletihan tangan. dan ianya juga datang dengan pelbagai warna.

Official Nintendo Wii Comfort Racing Steering Wheel (~ RM 43.84)

 

Jika anda lebih suka stereng yang lebih ringan, mungkin stereng ini sesuai untuk anda. Ia mempunyai pengawal butang khas di bahagian belakang yang membantu dalam penjimatan kuasa.

Reka bentuk roda Wii membantu dalam mengimbangi alat kawalan jauh apabila anda sedang berlumba. Jika anda seorang yang mementingkan warna , maka anda boleh memilih daripada pilihan warna hitam, merah jambu dan biru.

Ia adalah stereng berguna yang akan mengejutkan anda dengan prestasi yang disediakan.

Driving Force Wheel for PlayStation 3 and 2 (~ RM 352.44)

Buat anda yang masih menggunakan konsol legenda ini maka Driving Force adalah serasi dengan pelbagai permainan perlumbaan. Ia sepenuhnya dibalut dengan getah untuk memberikan cengkaman yang kukuh dan ideal untuk perlumbaan yang selesa.

Kebanyakkan orang menyukai alatan ini kerana pedal minyak dan breknya yang responsif yang mengikut kemahuan pemilik. Ia kukuh dibina untuk memenuhi semua keperluan anda bermain.

Satu sistem pengapitan yang berada disisi juga membantu untuk menyediakan dengan kawalan optimum. Stereng ini adalah sangat mudah untuk dipasang. Ia juga boleh mengubah keputusan perlumbaan anda.

PlayStation Move Racing Steering Wheel (~ RM 52.78)

Ini merupakan satu lagi stereng yang gempak. Ia adalah sangat responsif dan berfungsi dengan baik di dalam perlumbaan permainan kegemaran anda.

Pemegang stereng in boleh dibengkokkan atau diluruskan, dengan itu membolehkan anda untuk bermain pelbagai permainan.

Anda juga boleh menggunakannya untuk bermain permainan motosikal dan kereta juga. Alami getaran bunyi semasa dalam perlumbaan anda.

Thrustmaster VG Ferrari 458 Racing Steering Wheel for Xbox (~ RM 396.45)

Ini adalah stereng pertama dengan lesen rasmi daripada Microsoft dan Ferrari. Ianya seperti stereng kereta ferrari. Ia datang dengan cengkaman getah bertekstur yang membolehkan genggaman yang kukuh apabila bermain.

Ia datang sekali dengan tombol gear logam yang membolehkan anda untuk menukar gear dengan mudah. Ia adalah sangat praktikal dan mempunyai semua kawalan yang terletak secara strategik.

Ia berfungsi dengan baik dengan permainan Forza 3 dan 4.

Logitech G29 Driving Force Race Steering Wheel (~ RM 1357.02)

 

Stearing ini direka sesuai untuk kedua-dua konsol Playstation 2 dan 3. Stereng ini mempunyai bebola bering yang tahan lasak, oleh itu, anda boleh menggunakan untuk tempoh yang lama.

Ia juga mempunyai pedal lantai paling responsif untuk pecutan lebih mudah, brek, dan pertukaran gear. Anda boleh berasa seperti anda berlumba menggunakan kereta sebenar dengan stereng ini.

Logitech G27 Racing Steering Wheel (~ RM 4383.47)

Permainan perlumbaan tidak akan sempurna tanpa Logitech G27. Ia direka untuk memenuhi keperluan semua peminat permainan. Ia mempunyai sistem kuasa dual motor yang mampu merangsang mekanisme maklum balas. Ia adalah sangat lancar untuk digunakan.

Ia juga menggabungkan gear shifter enam kelajuan yang membolehkan anda untuk memilih gear pilihan apabila anda perlukan.

Ianya juga didatangkan dengan lampu LED dan akan memberitahu anda bila anda perlu menukar gear. Ianya adalah stereng permainan terbaik di dunia yang akan membawa anda dalam di dunia permainan perlumbaan anda.

Rumusan

Selain memandu seperti sebuah kereta sebenar, pengawal biasa tidak boleh menyampaikan rasa yang sama atau menimbulkan rasa gembira seperti stereng permainan untuk perlumbaan.

Pada akhirnya, pilihlah stereng terbaik yang sesuai untuk bajet anda sendiri. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.