Berita

Anthem: Permainan Masa Hadapan Seakan Destiny Oleh EA

Diolah oleh hang92

BioWare telah mendedahkan treler permainan terbaru mereka pada hari ini semasa persidangan E3 2017, dan permainan ini dipanggil Anthem.

Di dalam treler jalan cerita permainan ini, pemain memasuki lif untuk menerokai ke dalam hutan yang luas sambil mengawal jetpack. Makhluk gergasi kemudian datang menyerang, tetapi pemain mengelak dengan melompat ke kawasan air yang dinamakan “Deadlight Caverns.”

Semasa pemain melalui hutan, ribut besar melanda disertai dengan hujan dan kilat. Kemudian, petikan video ini berakhir apabila naratif berkata “Cerita kami ada di luar sana.” Permainan ini seolah-olah menggabungkan unsur-unsur Mass Effect: Andromeda dan juga permainan Destiny.

sumber: outsidexbox

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.