Ura-ura

[Wii U] ANTIPOLE DX

Diolah oleh Along Naz

[Wii U] ANTIPOLE DX

Permainan ini adalah versi baru daripada Antipole yang asal, yang mana menampilkan grafik baru yang lebih sempurna.

Termasuk juga dengan kesan bunyi dan muzik. Versi ini masih juga menampilkan asas permainan yang asal, menambah level baru, menambahbaik pergaduhan bos, leaderboard dalam talian dan juga integrasi Miiverse.

Antipole DX menampilan tindakan pantas platform berdasarkan manipulasi graviti. Graviti berbalik di kawasan sekitar anda untuk satu jangka masa yang pendek bagi mendaki lebih tinggi dan melompat lebih jauh.

Sebarang penangkapan di dalam kawasan graviti akan menjejaskan banyak perkara – musuh, objek, malah kolam- kolam yang mengandungi asid juga akan turut jatuh mengikut arah graviti yang baru.

Dalam permainan ini, gunakan graviti anda untuk menewaskan musuh, berlari disepanjang siling untuk mengelak diri daripada halangan yang datang. Manupulasi graviti bagi menyelesaikan teka- teki ini.

Tarikh pelancaran : Dijangka pada Mac 2017

Genre : Platform

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.