Pilihan Kami Ulasan

APA ITU 4K, HDR DAN KAITANNYA DENGAN PS4 PRO?

Diolah oleh hang92

Kalau aku kaya.. uwooo..

PlayStation 4 Pro adalah merupakan suatu ciptaan yang terbaharu daripada pihak Sony dan tercanggih diantara permainan konsol yang ada.

Ia meletakkan tanda harga RM yang lebih mahal daripada rakan konsol yang lain tetapi juga bernilai untuk dimiliki oleh golongan yang mempunyai TV 4k.

PlayStation 4 Pro direka untuk mempunyai tugas yang sama seperti kembarnya Playstation 4 dan konsol-konsol lain dengan stabil, tetapi bezanya adalah PS4 Pro menambahbaik ciri-ciri yang sedia ada tetapi dengan skala yang lebih besar.

Ini termasuk menyediakan resolusi yang lebih tinggi yakni untuk TV 4K Ultra HD dengan julat dinamik tinggi, high dynamic range (HDR) untuk permainan 2D, jarak penglihatan, draw distance yang lebih baik dan menambahbaik ciri-ciri PlayStation VR.

—  hi sayang, erhmmm

Semua permainan PS4 baru boleh dimainkan pada PS4 asal atau PS4 Slim, tetapi akan automatik dipertingkatkan apabila dimainkan pada PS4 Pro. Itu termasuk keseluruhan permainan yang sedia ada juga.

Apa Itu 4K?

Istilah 4K, atau ultra definisi tinggi (Ultra HD), merujuk kepada resolusi skrin atau kandungan. Pada 3840 x 2160 ia menawarkan empat kali jumlah piksel sebagai TV HD Penuh (1080p) dan video yang sama.

Maksudnya skrin TV adalah lebih terperinci dan imej jauh lebih tajam. Ia juga menggunakan kuasa memproses yang banyak kerana terpaksa memproses data tersebut.

Apa Itu HDR?

Julat dinamik tinggi, high dynamic range (HDR) adalah istilah video untuk kecerahan yang lebih besar, kontras yang lebih baik (antara imej kawasan hitam dan putih) dan gamut warna, colorspace yang lebih luas.

Televisyen HDR mampu mempunyai tahap kecerahan yang lebih tinggi, kehitaman yang lebih hitam atau gabungan kedua-duanya.

Ini bermaksud jumlah warna yang dapat hadir pada skrin adalah jauh lebih besar daripada sebelum ini, dengan hasil yang lebih semulajadi dimana diperhatikan bahawa pemandangan adalah yang sangat terang dengan kesan pencahayaan yang hebat. Manakala kawasan yang gelap pula kekal tanpa kehilangan perincian lain.

Apa Kaitannya Dengan PS4 Pro?

Kerana wujudnya kuasa memproses yang bijak ini, termasuk seni bina grafik yang sudah ditambahbaik, PS4 Pro mampu memainkan permainan pada resolusi 4K dengan baik, dengan bantuan HDR bahkan boleh dimainkan sehingga 60 bingkai sesaat.

Dimana rata-rata permainan sekarang hanya menawarkan 30 bingkai sesaat sahaja.

Jangan melenting dahulu, benar memang ada sesetengah permainan menawarkan 60 bingkai sesaat tetapi hanya pada resolusi 1080p.

Atau menggunakan pada resolusi yang lebih tinggi tetapi mengehadkan kadar bingkai sesaat kepada 30 bingkai sesaat.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Bonus Sebab Baca

Kami senaraikan tajuk permainan yang menyokong resolusi 4K HDR ini. Senarai ini termasuk permainan yang sudah dilancarkan atau akan dilancarkan pada masa hadapan, senarai ini akan kami kemaskini mengikut kadar kerajinan

** Kesemua permainan ini boleh dimainkan pada PlayStation 4 cuma pada PS4 Pro cantik dia lain macam sikit

  • Abzu
  • Assassin’s Creed: The Ezio Collection
  • Assassin’s Creed Syndicate
  • Batman: Return to Arkham
  • Battlefield 1
  • Battlezone
  • Bound
  • Call of Duty: Black Ops 3
  • Call of Duty: Infinite Warfare
  • Call of Duty: Modern Warfare Remastered
  • Darksiders Warmastered Edition
  • Days Gone
  • Deus Ex: Mankind Divided
  • Diablo III
  • Dishonored 2
  • DriveClub VR
  • Fallout 4
  • Farming Simulator 17
  • Farpoint
  • FIFA 17
  • Final Fantasy XV
  • Firewatch
  • For Honor
  • Forma8
  • Futuridium EP Deluxe
  • Ghost Recon: Wildlands
  • Gran Turismo Sport
  • Gravity Rush 2
  • Helldivers
  • Hitman
  • Horizon Zero Dawn
  • Hustle Kings
  • inFamous First Light
  • inFamous Second Son
  • Killing Floor 2
  • Knack
  • Let it Die
  • Mafia III
  • Mantis Burn Racing
  • Mass Effect: Andromeda
  • Middle-earth: Shadow of Mordor
  • NBA 2K17
  • Neon Chrome
  • Nioh
  • Overwatch
  • Paragon
  • PlayStation VR Worlds
  • Pro Evolution Soccer 2017
  • Ratchet & Clank
  • Resident Evil 7 biohazard
  • Resogun
  • Rez Infinite
  • Ride 2
  • RIGS Mechanized Combat League
  • Rise Of The Tomb Raider
  • Robinson: The Journey
  • Smite
  • Spider-Man
  • Steep
  • Super Stardust Ultra
  • The Elders Scrolls Online: Tamriel Unlimited
  • The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition
  • The Last Guardian
  • The Last Of Us Remastered
  • The Last Of Us: Left Behind
  • The Playroom VR
  • The Witness
  • Thumper
  • Titanfall 2
  • Tumble
  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Until Dawn: Rush of Blood
  • Viking Squad
  • Watch Dogs 2
  • Wheels of Aurelia
  • World Of Tanks
  • XCOM 2