Pilihan Kami Ulasan

Apa Itu E3, Electronic Entertainment Expo?

Diolah oleh hang92

Adakah anda golongan pemain tahu apa itu Acara E3?  Tentunya bagi sebahagian besar pemain konsol tentunya sudah tahu apa itu E3.

Suatu acara permainan antarabangsa yang dibuat secara besar-besaran dan akan disertai oleh semua industri raksasa permainan terkenal dari seluruh dunia.

Adakah anda tahu bagaimana sejarah permulaan E3? Ikutilah artikel berikut.

Related image

E3 adalah singkatan daripada Electronic Entertainment Expo. Dimulakan pada tahun 1995 dan berlanjutan sehingga sekarang tahun 2017. Persidangan pertama kali dikenali sebagai Electronic Entertaiment Expo pada tahun 1995-2006.

Pada tahun 2007 dan 2008, persidangan ini dikenali sebagai E3 Media and Bussiness Summit.

Lalu pada tahun 2009, acara ini kembali dikenali dengan nama Electronic Entertaiment Expo (E3).

Tahun Bersejarah Electronic Entertaiment Expo (E3)

Tahun 1995

E3 pertama kali disertai oleh suatu jenama yang baru ingin memasuki pasaran permainan iaitu Sony dengan konsol Playstation. Sega Saturn pula telah berkira-kira untuk menjana keuntungan di awal tahun untuk mengalahkan pesaingnya Nintendo yang pada waktu itu telah mengumumkan sistem 64 Ultra (kemudian berganti nama Nintendo 64)

Nintendo memanfaatkan acara ini untuk memperkenalkan Virtual Boy, yang ternyata menjadi kegagalan pasaran pada tahun itu. Beberapa permainan yang ditampilkan dan menarik perhatian adalah Battle Arena Toshinden, Ridge Racer, Panzer Dragoon, Virtua Fighter, dan D.

Ada juga permainan video yang diperkenalkan untuk PlayStation dan Saturnus. SNK juga menunjukkan dan mengumumkan permainan Neo-Geo CD. Meskipun hanya tahun pertama E3, acara terbukti menjadi acara utama untuk permainan di Amerika Syarikat.

Tahun 1996

Acara E3 ini terus tumbuh dan menjadi tempat umum untuk pentas pengenalan kepada produk baru baik untuk konsol atau permainan video lain. Pada tahun 1996, persidangan ini menyaksi Nintendo mengeluarkan Nintendo 64 dan Super Mario 64 di AS.

Capcom mengenalkan permainan seram yang pertama daripada mereka : Resident Evil sekaligus dengan permainan lawan 3D untuk Playstation, Star Gladiator.

Namco pula menunjukkan versi PlayStation dari Tekken 2. Naughty Dog memperkenalkan permainan pertama mereka di Playstation, Crash Bandicoot.

Unreal Engine juga diperkenalkan pertama kali oleh Mega Games Epic, tetapi tidak ada permainan Unreal sebenarnya. StarCraft juga memulai debutnya untuk pertama kali.

Square menunjukkan taringnya di PlayStation dengan permainan Tobal No 1 (game lawan yang mengejutkan semua orang) dan memperkenalkan video dari permainan RPG yang terkenal sehingga kini, Final Fantasy VII.

Tahun 2009

Electronic Entertaiment Expo (E3) kembali ke format asalnya sebelum diubah pada tahun 2007. Acara ini telah sangat luas diperkatakan dan menjadi lebih baik dari acara sebelumnya.

Acara E3 kali ini telah dibuka kembali untuk menerima penyertaan daripada platform PC, dan juga mereka ada menjemput penonton daripada orang awam.

Pada E3 2009, banyak konsol permainan canggih yang diperkenalkan. Seperti PlayStation 3 dan Xbox 360, PlayStation Move dan Kinect untuk Xbox 360 juga pertama kali diperkenalkan sebagai Projek Krismas.

Antara tajuk permainan yang diperkenalkan pada tahun ini adalah seperti Crysis 2, Halo: Reach, New Super Mario Bros Wii, Golden Sun DS, Wii Vitality Sensor, WarioWare DIY, Wii Fit Plus, Super Mario Galaxy 2, Metroid: M, Final Fantasy XIV, Racers ModNation, dan Metal Gear Solid : Peace Walker.

Konsol bimbit baru Sony, PSP Go, juga turut diumumkan.

 

Tahun 2011

E3 2011 sekali lagi diadakan di Los Angeles Convention Center dimana Nintendo mengumumkan WiiU, konsol terbaru mereka, Nintendo juga mengumumkan permainan terbaru New Mario Bros untuk Nintendo 3DS. Selain itu Nintendo juga merayakan ulang tahun ke 25 dari The Legend of Zelda.

Square Enix memperkenalkan permainan untuk Fantasy : XIII-2 dan mengumumkan Hitman: Absolution. Microsoft juga mengumumkan 2 permainan baru dalam francais Halo, Halo 4 and Halo Combat Evolved Anniversary.

Tajuk permainan yang diperkenalkan pada tahun ini termasuk BioShock Infinite, Mass Effect 3, Deus Ex: Human Revolution, Far Cry 3, Assassin’s Creed: Revelations, Gears of War 3, Forza Motorsport 4, Prototype 2, Tomb Raider, SSX, Ghost Recon: Future Soldier, Prey 2, Uncharted 3: Drake’s Deception, Sonic Generations, Need for Speed: The Run, Rage, WWE ’12, dan The Elder Scrolls V: Skyrim.

Sekitar 46,800 orang telah hadir di E3 2011, meningkat 3% dari E3 2010 dan penurunan 22% pada E3 2006

Tahun 2012 

E3 2012 Sekali lagi diadakan Di Los Angeles Convention Center. Dengan pengenalan tajuk permainan terhebat sepanjang masa iaitu God of War : Acension, Assassin`s Creed III, Splinter Cell, Beyond : Two Souls.

Pada tahun 2012, pertama kali E3 mengumumkan ada penilaian ke atas permainan yang dipertandingkan dalam kategori 10 Permainan Paling Popular E3.

Tahun 2017

Akan berlangsung dari 13-15 Jun di Los Angeles, ia adalah di mana semua syarikat permainan besar akan mengumumkan permainan baru.

Nintendo Switch akan membuat debut pertama kali pada E3 dan juga pengumuman daripada Microsoft, iaitu pengganti kepada Xbox One, Project Scorpio, yang akan diumumkan sepenuhnya ciri-ciri dan harganya.

Rumusan

E3 menempuh perjalanan panjang dari tahun 1995 hingga kini. Dari awal pengenalan lalu dibentuk hingga menjadi pentas pertarungan antara industri permainan yang terkenal. Masing-masing tidak mahu kalah dengan produk pesaing mereka.

Dan juga acara ini menjadi saat yang penting untuk penerbit industri permainan untuk mengukur sejauh mana mereka telah berjaya dalam pengeluaran permainan mereka.

Yang pasti menjadi pentas ini perlu diambil kesempatan agar menjadikan mereka no. 1 di dunia yang fana ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.