Pilihan Kami Tips

Apa Itu FPS (Frame Per Second)

Diolah oleh hang92

FPS tu bukan First Person Shooter ke? Hurmmm

FPS (frame per second) atau bingkai per saat adalah masa yang diambil oleh skrin anda untuk berupaya memaparkan bingkai seterusnya pada paparan.

FPS boleh dianggap lebih penting daripada resolusi skrin, kerana sesuatu permainan yang baik mungkin akan terjejas corak dan kualitinya jika ianya dijalankan pada 30 FPS — ia akan kelihatan tidak menentu dan tidak responsif.

Dalam membikin sesuatu permainan oleh pembangun, semakin hebat grafik yang hendak dibikin (sebagai contoh, untuk memenuhi resolusi yang tinggi) maka kerja yang lebih berat bagi cip pemprosesan untuk menjaga FPS tersebut. Apabila kerja yang terlalu berat dilakukan, ia beberapa kali boleh terkhilaf semasa melakukan kerja tersebut dan lari dari apa yang diharapkan — dipanggil lag, imej yang tersekat-sekat

Lag Pada Skrin

Skrin yang lag, atau tersekat-sekat menyebabkan imej permainan akan ketinggalan, ia bergerak lebih perlahan daripada yang dijangkakan, dan input yang disalurkan daripada pengawal, contoller atau papan kekunci dan tetikus boleh menjadi terganggu.

Bayangkan jika anda bermain permainan Battlefield, HALO atau FIFA17, di mana masa kawalan anda adalah amat penting untuk berjaya di permainan. Jika FPS mengalami kejatuhan, masa daripada tindakan tertentu akan menjadi lambat.

Jelas sekali ini akan mewujudkan isu dengan cara anda bermain permainan, dan menyebabkan pengalaman negatif kepada anda.

30 FPS atau 60 FPS?

Ramai pembikin permainan mengatakan bahawa 30fps adalah lebih baik untuk menyediakan pengalaman yang lebih  “sinematik”, dan 60fps pula digunakan bagi tindakan atau permainan yang memerlukan kepantasan di mana anda perlu untuk mempunyai input aktif yang kerap (pengawal, papan kekunci dan sebagainya)

Jika anda mahu permainan anda untuk kelihatan baik, mungkin 30fps adalah lebih baik untuk permainan anda. Tetapi ini, seperti yang dijelaskan sebelum ini, ianya menjadikannya kurang responsif dan sedikit lambat.

Jika kita ikuti teknologi yang ada sekarang, tidak mustahil untuk mempunyai semua permainan berjalan pada 120fps dan semua pembikin menginginkan permainan mereka secantik mungkin.

Apa itu Hertz atau Hz.

Anda juga perlu tahu monitor atau TV mempunyai refresh rate, diukur dalam hertz atau Hz. Adalah perkara biasa untuk monitor datang pada 60Hz, yang sempurna untuk bermain pada 60fps.

Sekiranya anda cuba untuk bermain di 120fps pada monitor 60Hz, anda akan mengalami sesuatu yang dikenali sebagai air mata skrin, screen tear. Di mana permainan ini mengemaskini skrin lebih cepat daripada monitor, menyebabkan garis melintang pelik muncul di sepanjang permainan, yang sangat menganggu.

Jangan risau, permainan anda tidak rosak sebenarnya, ianya cuma hasil daripada ketidakseimbangan daripada perkakasan anda. Pihak pembikin permainan tidak mempunyai kaitan terhadap isu ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.