Pilihan Kami Ulasan

Apa Itu Permainan Indie?

Diolah oleh hang92

Permainan indie berasal daripada perkataan independentiaitu jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud bebas, merdeka, tanpa ada apa-apa ikatan.

Permainan indie ini dicipta dan diwujudkan tanpa ada apa-apa sokongan daripada pihak penerbit besar di belakang mereka. Permainan indie selalunya akan lebih terarah kepada inovasi dan bergantung kepada muat turun digital.

Permainan indie mula menarik minat di hati pemain sejak tahun 2000 lagi, hal ini kerana kewujudan pasaran atas talian yang membolehkan permainan ini dijual dengan mudah dengan hanya memuat turun permainan ini.

Antara permainan indie yang telah berjaya dari segi jualan dan kewangan ialah BraidWorld of Goo, Flow, dan Minecraft.

Kebanyakkan permainan indie berkongsi ciri-ciri yang sama antara satu sama lain. Permainan indie selalunya dibangun dan dicipta oleh orang perseorangan, kumpulan kecil, atau syarikat kecil.

Secara amnya, permainan indie merupakan tajuk kecil berbanding daripada tajuk permainan arus perdana. Pembikin permainan indie tidak disokong oleh syarikat penerbit besar seperti EA, Ubisoft, Bethesda, Sony, Microsoft dan lain-lain

Menjadi seorang pembikin permainan indie ada kelebihan yang tersendiri, mereka tidak perlukan sokongan majoriti daripada pihak penerbit yang besar, tiada had kepada tahap kreativiti mereka, dan tidak perlu persetujuan daripada pihak penerbit untuk apa-apa tindakan. Rekabentuk dan keputusan juga tidak dipengaruhi oleh penerbit besar kerana mereka tidak perlu bimbangkan tentang bajet keseluruhan permainan ini.

Antara permainan indie yang popular sehingga ke pengetahuan kita pada hari ini ialah;

Stardew Valley

Spelunky

No Man’s Sky

Rime

Cuphead

Limbo

Inside

Kesimpulan

Di dunia dan di Malaysia khususnya, terdapat beberapa pengguna yang sering menilai dan mengadili terlebih dahulu sesuatu permainan sebelum mereka cuba untuk bermain permainan tersebut. Budaya ini sangat tidak sihat kerana mereka tidak mengerti berapa bajet rendah yang dikeluarkan oleh syarikat permainan indie tersebut.

Kita di Malaysia juga mempunyai pihak pembangun permainan indie ini cuma tidak sepopular seperti di negara Barat. Mungkin kita perlu lebih tingkatkan usaha untuk menjana permainan yang terbaik dan di situ masyarakat boleh menilai samada permainan yang dihasilkan itu baik atau tidak.

Grafik bagi kami agak penting, cuma kurang sedikit tahap kepentingan berbanding jalan cerita dan cara permainan tersebut.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Apa Itu Twitch Dan Kaitannya Dengan Konsol?

Apa Itu E3, Electronic Entertainment Expo?

Apa Itu FPS (Frame Per Second)

APA ITU 4K, HDR DAN KAITANNYA DENGAN PS4 PRO?

APA ITU REGION DALAM SONY PLAYSTATION?