Pilihan Kami Tips

APA ITU REGION DALAM SONY PLAYSTATION?

Diolah oleh hang92

“Shuhei Yoshida telah mengesahkan melalui Twitter bahawa PS4 akan menjadi region-free, yang bermaksud bahawa permainan dari mana-mana region boleh dimainkan di mana-mana konsol.”  Cuba anda perhatikan bahawa dia berkata PERMAINAN, tetapi bukan mengenai DLC.

Situasi : Anda ingin berpindah ke luar negara tidak lama lagi, tetapi anda juga terpaksa membawa sekali konsol Sony PS4 kerana terlalu sayangkan tahap pencapaian dan jumlah trofi permainan anda. Lantas anda membuat keputusan untuk membawa konsol kesayangan anda dan terus berpindah ke luar negara.

Apabila berada di luar negara, anda telah membeli suatu tajuk permainan di kedai sana, tetapi anda berasa musykil kerana ada terdapat perkataan R2 pada kotak tajuk permainan tersebut. Lalu anda teringat bahawa tulisan R2 itu tidak sama dengan tulisan pada kotak konsol anda sewaktu di awal pembelian iaitu R3.

Konsol Sony (dan permainan) secara amnya jatuh di bawah salah satu daripada kumpulan region : SCEA (Sony Computer Entertainment of America) dan SCEE (Sony Computer Entertainment Eropah). Secara teknikal, PS4 tidak adalah tergolong dalam mana-mana region.

Tetapi, Sony mencadangkan lebih baik sekiranya cakera permainan dan konsol anda adalah daripada region yang sama untuk prestasi yang terbaik. Selain itu, apabila anda mencipta ID PSN Online, secara umumnya ianya terikat kepada kawasan region konsol PlayStation 4 anda.

Masalah : Jika anda mempunyai permainan yang dibuat untuk region yang berbeza daripada PS4 atau PSN ID Online, mungkin ianya boleh bekerja dengan baik. Tetapi ada juga kemungkinan bahawa anda mungkin mengalami beberapa jenis isu yang tidak diduga.

PSN Online dan fungsi DLC permainan tidak akan berfungsi jika anda memainkan cakera region  ini dalam PS4 region lain. Ini adalah kerana walaupun permainan PS4 region tertentu tidak dikunci, DLC masih terikat ke region tempatan anda, dan PSN ID Online dari kawasan-kawasan lain mungkin tidak dapat log masuk ke PSN dengan betul jika anda berada di luar negara.

Penyelesaian : Jika anda menghadapi masalah memainkan permainan anda terutamanya DLC dan tidak pasti anda mempunyai region yang sama, cuba beli permainan di kedai dalam talian seperti PS Store. Jika anda tidak dapat mencari permainan yang anda inginkan, maka jelaslah anda mempunyai masalah region

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

“SCEA” REGION “SCEE” REGION “SCE-Asia” REGION “SCEJ” REGION “SCEK” REGION
Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia Eropah, Afrika, Timur Tengah, Oceania Asia Jepun Korea Selatan
  • Argentina
  • Australia
  • Malaysia
  • Japan
  • Korea Selatan
  • Brazil
  • Bahrain
  • Brunei
  • Canada
  • Belgium
  • Cambodia
  • Chile
  • Croatia
  • Indonesia
  • Columbia
  • Denmark
  • Macau
  • Mexico
  • France
  • Philippines
  • Amerika Syarikat
  • Germany
  • Thailand
  • Uruguay
  • India
  • Vietnam