Tips

Apa itu ‘Shit Bucket’ dalam permainan Battlefield?

Diolah oleh hang92

Kami pernah suatu ketika dahulu bermain BF3 dan mencapai status kolonel 100 dalam masa yang singkat, Rahsianya cukup mudah, tinggalkan makan dan minum, tinggalkan dunia sosial dengan rakan-rakan, dan sediakan ‘shit bucket’ di ruang tamu anda — ok itu bergurau

Apa itu ‘shit bucket’?

Anda, seorang pemain tegar sesuatu permainan. Suatu ketika, perut anda memulas-mulas untuk ke bilik air untuk melakukan ‘hal yang tidak dinyatakan’. Namun sebagai seorang pemain tegar anda berasa rugi kerana merasakan perkara tersebut membuang masa bernilai anda.

boleh didapati di farmasi yang terdekat

Anda merasakan anda tidak perlu ke pergi ke bilik air untuk membuang air kecil atau air besar kerana ianya dianggap sangat membuang masa. Lebih baik duduk setempat dan meneruskan permainan atas talian sambil melakukan kerja ini. Seterusnya, anda membuat keputusan untuk melakukan kerja tersebut di dalam baldi.

Adakah anda telah mendapat markah tertinggi 25/25? Anda seorang shitbucket secara tidak sedar. BINGO!

Shitbucket dan kesannya kepada anda

Anda sudah terkena dengan penyakit berjangkit bawaan medan perang ini. Jika komuniti Battlefield menganggap tahap kolonel 100 sudah cukup tinggi, anda pula berjaya melepasi tahap kolonel 100 sehingga tahap kolonel 108. Normalkah situasi ini kepada anda?

Walaubagaimanapun, tidak seperti ketagihan dadah atau alkohol, permainan video adalah terikat dengan perkakasan rumah (TV, komputer dan lain-lain), yang merupakan sebahagian penting dalam hidup bagi kebanyakan orang.

Dengan cara itu, ketagihan permainan video adalah sama dengan ketagihan makanan.

Jika anda boleh mempunyai motivasi yang tinggi untuk kurus dan langsing mengapa pula anda tidak boleh mempunyai motivasi yang sama untuk berhenti daripada menjadi seorang ‘shit bucket’?

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.