Ulasan

Apa Itu Twitch Dan Kaitannya Dengan Konsol?

Diolah oleh hang92

Apa Itu Twitch?

Twitch pada asasnya adalah saluran seperti YouTube untuk kita sebagai orang awam untuk melihat orang lain bermain permainan video secara langsung ataupun melalui rakaman video.

Adakah Ianya Popular?

Ya. Twitch sangat popular. Pada tahun lepas, Twitch telah menggandakan penontonnya sebanyak dua kali ganda siaran bulanannya daripada 20 juta penonton pada akhir tahun 2015 hingga 45 juta penonton pada akhir 2016.

Penonton Twitch secara purata telah menonton video berjumlah 106 minit dalam masa sehari. Sebanyak 6 juta video telah disiarkan di laman web ini setiap bulan oleh 900,000 tuan punya video tersebut.

Pada bulan Februari tahun ini, mengikut kajian oleh syarikat internet Deep Field mendakwa bahawa Twitch merupakan sumber internet keempat terbesar di belakang Netflix, Google dan Apple di Amerika Syarikat.

Tahukah anda, acara Kejohanan Dunia League of Legends Musim Ke-3 telah menarik sejumlah 32 juta penonton dalam masa satu hari.

Image result for league of legends

Dari Mana Datangnya Twitch?

Twitch berasal daripada Justin.tv, salah satu daripada laman web livestreaming terbesar pertama dalam talian. Ianya dilancarkan pada bulan Jun 2011 dan disifatkan sebagai laman web yang menyiarkan permainan video secara langsung yang terbesar di dunia dengan penekanan kepada e-Sukan.

Image result for justin.tv

Sejak itu, syarikat ini telah mendapat sebanyak USD 35 juta dari segi pembiayaan daripada pelbagai syarikat yang ingin melabur di dalamnya.

Siapa Yang Menonton Twitch?

Dalam laporan pada akhir tahun 2013, Twitch berkata bahawa 76% daripada pengguna berumur di antara 18 dan 49; dan seramai 68% menonton kurang siaran TV dan hanya memberi tumpuan kepada hiburan melalui permainan secara langsung ini.

Sekitar 99% daripada penonton menonton siaran secara langsung di laman web ini, manakala 38% menonton sorotan daripada video. Sebanyak 61% bersembang dengan pengguna Twitch lain.

Apa Kaitan Twitch Dengan Permainan Konsol?

Langkah terbaru Twitch ialah dengan mengintegrasikan aplikasi di dalam Sony PlayStation 4 dan Microsoft Xbox One. Aplikasi ini membolehkan pemain untuk menyiarkan livestream video permainan mereka secara langsung.

Image result for twitch console

Dalam tempoh sebulan daripada tarikh pelancaran PS4, lebih 100,000 pengguna baru telah mendaftar.

Terdapat juga aplikasi Twitch untuk IOS dan Android, tetapi ianya digunakan untuk menonton dan berbual mengenai video permainan, dan bukannya untuk menyiar permainan mereka daripada peranti tersebut.

Bagaimana Twitch Boleh Menjana Pendapatan?

Setiap penyiar di laman web  Twitch mempunyai “sub button” pada halaman mereka. Bagi pengguna yang ingin menonton siaran, mereka perlu membayar yuran bulanan untuk menonton saluran tertentu dan boleh mendapatkan ciri-ciri khas.

Image result for twitch sub button

Secara purata, seorang penyiar Twitch profesional boleh menjana pendapatan sebanyak RM 13,000 hingga RM 22,000 sebulan dengan bermain 40 jam seminggu, hanya dari “sub button.”

Jumlah ini tidak termasuk hasil iklan, yang mempunyai purata kira-kira RM 1000 bagi setiap 100 pelanggan mereka.

Rumusan

Anda mungkin berfikir livesteam adalah suatu yang kerja mudah dimana ianya memerlukan kita untuk menekan butang di pengawal semata-mata, tetapi ianya sebenarnya lebih daripada itu.

Anda harus bersyukur bagi setiap orang yang datang melawat saluran anda. Walaupun video anda mengambil masa sebanyak 5 minit, ianya berbaloi kerana orang luar telah memilih saluran anda dan menghabiskan masa sebanyak 5 minit dalam hidup mereka.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.