Pilihan Kami Ulasan

Apa Persamaan Filem Logan dan Permainan The Last Of Us?

Diolah oleh hang92

Bagi sesiapa yang sudah bermain The Last Of Us sudah tentu anda kenal dengan watak Joel dan Ellie. Adakah mereka mempunyai persamaan dengan Wolverine dan X-23 dalam filem Logan?

Berdasarkan apa yang dilihatnya dalam trailer filem Logan ini, filem terakhir bagi si mutan berkuku panjang ini mempunyai banyak kaitan dengan permainan hebat yang dihasilkan oleh Naughty Dog ini.

Kalau anda perhatikan trend terkini cerita-cerita di pawagam, hanya ada 3 sahaja. Iaitu superhero daripada komik, cerita hantu yang dibikin semula, dan cerita yang diambil daripada permainan yang popular.

Hubungan di antara cerita yang menarik dan tajuk permainan kini menjadi simbiotik : untuk setiap permainan, pembikin mula berusaha untuk menjadikan story mode mereka menyerupai sebuah filem

Kami ada perasan beberapa persamaan epilog diantara filem Logan dan permainan The Last of Us. Oleh itu kami terpaksa memberitahu anda di sini.

Malapetaka, The Apocalypse

Semasa Wolverine membuat keputusan untuk bersara daripada dunia luar, dia seperti tidak langsung mengetahui apa yang terjadi di luar sana.

Dalam cerita Logan, dunia seolah-olah sudah ditawan oleh kumpulan supervillains dan kita tahu bahawa mutan telah diburu sehingga diancam kepupusan.

Ini adalah persamaan yang pertama dengan The Last of Us, di mana permainan ini memfokuskan kepada apa yang berlaku pada era pasca malapetaka di mana Joel mulai sedar dia sedang diancam oleh kesunyian kerana berseorangan diri.

Yang Teristimewa

Menurut cerita yang ada pada filem Logan, gadis yang memegang watak Laura adalah tidak lain daripada X-23, klon perempuan yang dicipta dalam cerita X-Men terdahulu.

Bagi yang sesiapa yang sudah bermain The Last of Us, mesti anda secara spontan menyebut “Ellie?” semasa melihat watak X-23 ini membuat penampilan pertama.

Bukan sahaja persamaan fizikal antara X-23 dan Ellie, tetapi juga cerita ini menekankan hakikat bahawa Wolverine mesti melindungi budak ini tidak kira apa yang terjadi — mungkin kerana hakikat bahawa mereka adalah mutan yang terakhir di Bumi.

Yang Melindungi

Selain daripada kemasan janggut yang dikenakan oleh Joel dan Wolverine adalah sama, mereka juga ditemani dengan seorang gadis yang agak lurus iaitu Ellie atau dalam filem ini ditemani oleh X-23.

Mereka mesti belajar untuk meneruskan dan ikhtiar untuk hidup, dan sebab itu Hugh Jackman akhirnya terpaksa mengangkat tanggungjawab seperti bapa angkat kepada X-23.

Adakah Hugh Jackman akan mengalami nasib yang sama seperti Joel? Kehilangan isteri dan anak-anaknya pada awal penceritaan? Adakah hubungan Logan juga akan berakhir dengan budak perempuan tersebut lalu meninggalkan trauma seperti Joel dan Ellie dalam permainan?

Kalau ianya terjadi, maka bersiap-sedialah anda untuk menangis sepuasnya. #dalamhatiadataman

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

— eh kenapa ada Nathan Drake ni? Adakah nanti filem dia juga akan keluar? Huhuhu