Pilihan Kami Tips

Apakah itu “Tea bagging”?

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

“Tea bagging” adalah terma dalam dunia permainan digital yang menggambar satu kelakuan yang cukup sinonim dikalangan pemain permainan tembak-menembak khususnya di atas talian bercirikan FPS.

Apa Itu Teabagging

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan terma “tea bagging” yang agak kontroversi ini? Dan juga yang sering mendapat pendapat yang berbeza-beza di kalangan penggemar permainan tembak-menembak di atas talian?

“Tea bagging” adalah satu perkelakuan yang dilakukan pemain untuk memprovokasi atau memalukan pihak musuh dengan membunuh pihak musuh kemudian berdiri di atas mayat musuh.

Kemudian berlutut berulang kali secara khususnya di bahagian kepala mayat pihak musuh atau dengan bahasa yang lebih ringkas, mencangkung berulang kali di atas muka mayat pihak musuh!

Pihak musuh akan dapat melihat kelakuan mencangkung berulang kali itu di kamera pembunuh dengan rasa malu, marah atau menjengkelkan lebih-lebih lagi apabila anda mencangkung berulang kali tepat di bahagian muka!

Mencangkung berulang kali ini mula mendapat perhatian yang luas daripada permainan tembak-menembak yang popular seperti Halo, Counter-Strike, Battlefield dan Call of Duty.

Tips melakukan cangkungan berulang kali yang berkesan?

  • Bunuh pihak musuh dengan menggunakan pisau dan pergi ke mayat mereka dan lakukan cangkungan berulang kali selama 5-10 saat! Situasi akan menjadi lebih tegang jika mangsa mempunyai mikrofon!
  • Bermain sebagai penembak tepat dan bunuh pihak musuh dari jarak jauh. Seterusnya lakukan cangkungan berulang kali. Walaupun anda tidak berada di atas mayat mangsa. Mangsa dapat melihat anda melakukan cangkungan berulang kali dari jarak jauh sama seperti anda membunuh mangsa, juga dari jarak jauh!
  • Bermain di dalam kumpulan bersama rakan-rakan anda dan terus melakukan cangkungan berulang kali secara beramai-ramai ke atas mayat mangsa.
  • Tidak digalakkan melakukan cangkungan berulang kali setiap kali anda membunuh pihak musuh. Sebaliknya, simpan lah cangkungan berulang kali anda untuk tembakan yang luar biasa atau anda berjaya membunuh pemain terbaik dari pihak musuh!

Amaran

  • Bersedia untuk berhadapan dengan risiko atas kelakuan anda – ingat, cangkungan berulang kali adalah suatu tindakan agresif dan agak sensitif bagi sesetengah pemain, jadi anda harus bersedia jika anda pula yang akan menjadi mangsa cangkungan berulang kali!
  • Juga bersedia jika sesetengah pemain melabel anda tidak matang dan tidak seronok untuk bermain bersama. Ingat, cangkungan berulang kali bertentangan dengan semangat kesukanan dan ia diibaratkan menyapu garam di luka. Sudahlah dibunuh, di cangkung berulang kali pula!

 

Rumusan

Pada pendapat kami cangkungan berulang kali ada kalanya dapat menambah keseronokan di dalam permainan jika pihak musuh juga tidak mengambil kisah tentang perlakuan itu dan sering balas membalas cangkungan berulang kali itu!

Tetapi sebagai pemain kita haruslah menghormati pemain-pemain lain dan tahu batas-batasnya.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.