Pilihan Kami Ulasan

Apakah Maksud Disebalik Simbol ∆□○X Pada Playstation?

Diolah oleh Along Naz

Bang, habis tu yang kedai kopi XOXO Nora Danish tu maksudnya apa pulak?

Butang yang ada disebalik pengawal Playstation sebenarnya sentiasa menimbulkan misteri dan persoalan.

Mana tidaknya, anda pernah terfikir kenapa adanya warna-warna pelik? kenapa bentuknya sebegitu?

Dalam artikel ini, kami sediakan apa yang diperkatakan oleh Teiyu Goto, pereka Playstation ini sendiri.

Goto berkata, “ianya sebenarnya untuk menjadikannya lebih mudah”. Katanya kepada majalah Famitsu.

Untuk makluman, Goto bukan sahaja menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk Playstation 1, malah dia juga merupakan pereka utama untuk PS2 dan PS3.

Mengikut Goto, pada masa lalu, kebanyakkan syarikat permainan menentukan huruf abjad atau warna pada butang sahaja. Goto juga mengakui bahawa perkara itu agak sukar baginya.

Baca disini untuk mengetahui tentang sejarah pegawal konsol di dunia

Namun, Goto menyatakan bahawa syarikat mereka mahukan sesuatu yang mudah untuk diingati dan kerana itulah mereka membuat dalam bentuk ikon atau lambang. “Saya hadir dengan idea berbentuk kombinasi  bulatan, segi tiga, X dan segi empat dan memberi setiap simbol itu dengan warna dan maksud tersendiri”

Segi tiga merujuk kepada pandangan, ianya mewakili satu kepala atau arah, dan berwarna hijau.

Segi empat pula merujuk kepada helaian kertas yang mewakili menu-menu atau dokumen, dan ianya berwarna merah jambu.

Bulatan dan X mewakili ‘Ya’ dan‘Tidak’ untuk membuat keputusan dan ianya dibuat masing-masing berwarna merah dan biru. P

Mengikut Goto lagi, “Orang ingatkan saya memasukkan warna dengan sukahati sehingga saya menerangkan perkara yang sebenarnya”

Untuk pengetahuan anda juga, dalam budaya Jepun simbol bulatan bermaksud YA di mana rata-rata permainan di Jepun mengamalkan budaya ini.

Cuma di Malaysia kita mengamalkan bentuk X untuk mengatakan YA seperti soalan UPSR, pangkahkan petak mana yang anda setuju bla bla bla.

Walaubagaimanapun, kami juga keliru dengan huruf X yang popular di aplikasi Whatsapp untuk menunjukkan tahap kemalasan yang tinggi pada seseorang untuk mengeja perkataan yang penuh kepada TIDAK.

Kesimpulan

Makanya, setujukah anda dengan susunan bentuk bulatan dan X yang berbeza di antara negara Jepun dan bukan dari Jepun? Atau sepatutnya biarkah semua pengawal di dunia menggunakan standard yang sama?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.