Berita Pilihan Kami

Apakah Permainan Yang Paling Laris Untuk Tahun 2017, Setakat Ini

nintendo-switch-playstation-4-xbox-one-feature
Diolah oleh hang92

Tahun 2017 merupakan tahun yang menyaksikan perubahan yang besar terhadap industri permainan di seluruh dunia.

12 bulan yang lalu, ramai di antara penerbit permainan melontarkan pandangan skeptikal terhadap konsol keluaran Nintendo terbaru iaitu Nintendo Switch. Namun apa yang kita lihat sekarang, penjualan Switch amat memberansangkan sehingga tidak dapat menampung permintaan daripada peminat di seluruh dunia.

Baca Juga: Nintendo Switch Mungkin Akan Kekurangan Stok Sehingga Akhir Tahun Ini, Kata Penganalisis

Jualan permainan sehingga pertengahan tahun 2017 ini telah menunjukkan dua perkara penting di dalam industri permainan. Jualan murah oleh penerbit permainan seperti Ubisoft, EA Games dan lain-lain telah meransang penjualan permainan dengan baik sekali. Kedua, terdapatnya peminat setia bagi sesuatu tajuk permainan di mana dapat kita lihat sesuatu tajuk baru permainan seperti Horizon Zero Dawn tidak dapat bersaing dengan siri tajuk permainan sedia ada seperti GTA atau Tom Clancy’s.

Senarai tempat 10 teratas untuk jualan permainan paling laris sehingga pertengahan tahun telah dikeluarkan oleh The NPD Group – sebuah syarikat analisis pasaran yang telah menemuramah lebih dari 12 juta pengguna untuk pelbagai bidang dan menganalisis data lebih dari 165,000 kedai fizikal.

Analisis untuk jumlah permainan paling laris ini telah dibuat bermula daripada Januari sehingga April 2017. Oleh kerana perjanjian dengan penerbit permainan, NPD tidak dapat mendedahkan angka sebenar bagi jualan permainan ini.

Senarai di bawah ini ternyata melihatkan bahawa pemain di seluruh dunia lebih gemar untuk mendapatkan pengalaman yang baru daripada permainan terbaru, namun ada juga yang tidak dapat berganjak dan masih membeli permainan yang telah diilancarkan pada tahun-tahun lepas.

10. MLB The Show 17

Permainan bola lisut bagi kami tidak nampak menyerlah seperti permainan bola sepak, namun sebahagian besar daripada jualan permainan ini disumbangkan oleh konsol PlayStation 4 dimana PS4 telah banyak menolong jualan “MLB 17” di dalam senarai tahun ini. Pastinya angka ini akan menurun selepas pelancaran permainan bolasepak terkenal seperti FIFA18 dan PES2018 kelak.

9. Call of Duty: Infinite Warfare

 Call of Duty: Infinite Warfare

Walaupun Infinite Warfare telah mengundang pelbagai reaksi dan komen negatif daripada pemain di seluruh dunia kerana meneruskan siri francais “Call of Duty” namun kritikan tersebut hanya melonjakkan lagi jualan bagi permainan ini. Maka sebenarnya tidak wujud istilah publisiti yang buruk.

Harapan penerbit permainan ini iaitu Activision agar permainan terbaru mereka iaitu Call of Duty: WWII akan mendapat lebih banyak reaksi positif daripada pemain.

Baca Juga: Saksikan Treler Rasmi Call of Duty: WWII

8. NBA 2K17

 

Permainan bola keranjang ini suatu ketika dahulu telah menjadi hak mutlak Electronic Arts, namun pada tahun 1999, pelancaran pertama “NBA 2K” telah mengubah pasaran permainan bola keranjang dunia. Pada hari ini, francais permainan bola keranjang ini telah menjadi permainan yang paling menguntungkan untuk syarikat Take-Two.

7. Grand Theft Auto V

 

Untuk pengetahuan anda, permainan ini sudah menjangkau umur 4 tahun sejak ianya dilancarkan. Walaupun permainan ini telah dilancarkan pada generasi konsol sebelum ini, namun ianya masih lagi menjadi permainan paling laris di seluruh dunia. Mengikut syarikat Take-Two, permainan ini telah dijual sebanyak 80 juta unit sehingga kini. Walaupun secara asasnya permainan ini dimainkan oleh seorang pemain, namun pembangun Rockstar kerap menambah pelbagai DLC untuk mod pemain berbilang untuk menyatukan pemain mereka.

Baca Juga: Grand Theft Auto : Antara Misi-misi Yang Hebat Di Dalam Permainan Ini

6. Resident Evil 7: Biohazard

 

Tema permainan seram sering kali dicari oleh pemain, tetapi untuk francais Resident Evil terbaru ini agak istimewa, permainan ini boleh dimainkan dengan menggunakan set PlayStation VR oleh pemilik PS4. Jika difikirkan secara logik, tiada insan yang normal akan membeli permainan seram ini (ditambah dengan VR), namun hal ini menunjukkan sebaliknya dimana francais terbaru ini telah menerima markah tertinggi daripada pengkritik dalam tempoh 12 tahun francais permainan seram dijual.

Baca Juga: 10 Permainan Seram Terbaik Sepanjang Zaman

5. Mass Effect: Andromeda

Permainan Andromeda ini tidak mendapat kritikan kasih sayang yang serupa dengan permainan seram Resident Evil. Malah, ramai pemain kecewa dengan permainan ini. Namun francais Mass Effect sebelum ini telah banyak mempengaruhi pemain untuk membeli permainan Mass Effect terbaru ini. Dengar ura-ura ada menyatakan bahawa Electronic Arts sedang membangunkan francais Mass Effect yang terbaru.

Baca Juga: Carta Jualan UK Mass Effect: Andromeda Menjuarai Carta Mingguan

4. Horizon Zero Dawn

 

Permainan eksklusif daripada Sony untuk PlayStation 4 ini merupakan debut jualan terbaik bagi mana-mana permainan terbaru di dalam sejarah konsol. Sony berkata setakat ini sebanya 3.4 juta unit telah terjual di seluruh dunia. Adakah anda juga seperti kami terdengar bahawa Aloy akan beraksi lagi dalam sekuel tebaru yang akan dikeluarkan?

Baca Juga: Mengenali Permainan Horizon : Zero Dawn

3. The Legend of Zelda: Breath of the wild

Adakah anda meragui betapa popularnya permainan Zelda ini di seluruh dunia? Permainan ini sangat popular sehingga konsol eksklusif yang menjualnya permainan ini telah menjual sebanyak 2.76 juta unit permainan Zelda di seluruh dunia. Mengikut Nintendo, permainan yang boleh dimainkan pada Switch ini adalah sangat berjaya, permainan ini juga mendapat markah tertinggi berbanding mana-mana permainan lain. Banyak blog-blog permainan di dunia internet telah menganugerahkan permainan ini dengan markah 10/10.

Baca Juga: Mengenali Permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild

 

2. For Honor

 

Ubisoft merupakan penerbit permainan yang kedua terlaris di dunia pada tahun 2017 ini. Walaupun mod pemain berbilang pada permainan ini telah mendapat kritikan teruk namun peminat permainan For Honor masih setia dengan permainan ini. Adakah anda turut bermain For Honor? Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Baca Juga: For Honor: Jumlah Pemain Yang Sedikit Adalah Berita Palsu Kata Wakil Ubisoft

1. Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands

 

Ubisoft menyatakan bahawa permainan Wildlands ini merupakan permainan terbesar daripada segi keluasan dunia terbuka yang pernah dibuat di dalam sejarah. Ada di antara pengguna telah termakan dengan kata-kata tersebut dan akhirnya mereka turut membeli permainan ini untuk merasai pengalaman dunia terbuka. Fakta yang menarik tentang permainan ini adalah, permainan ini hanya dijual bermula daripada 7 Mac tahun ini namun angka jualannya telah meletakkan permainan ini di nombor 1  mengalahkan mana-mana permainan yang dijual sebelum Mac 2017. Hebat bukan?

Baca Juga: Pilihan Senjata Terbaik di Ghost Recon Wildlands dan Di Mana Untuk Mencarinya

Sumber: CNBC

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia