Android & iOS

Aplikasi Pesanan Teks Persona 5 Dengan App Persona 5 Messaging

Diolah oleh hang92

Semua orang telah sedia maklum bahawa permainan Persona 5 merupakan permainan yang mempunyai rating paling tinggi mengalahkan mana-mana permainan yang dilancarkan pada tahun ini. 

Jika anda merasakan bahawa anda terlalu banyak menghabiskan masa terluang anda untuk bermain dengan permainan JPRG Persona 5 ini, anda mungkin perlukan sesuatu untuk memenuhi gaya hidup anda kini.

Memperkenalkan, Persona 5 IM App, applikasi pesanan teks yang akan mengubah gaya teks biasa anda kepada gaya teks dari permainan Persona 5. Anda boleh muat turun applikasi tersebut di sini.

Aplikasi ini akan menggantikan gaya pesanan teks yang lama Android kepada sistem pesanan teks Persona 5. Fungsi adalah sama dengan yang lama, cuma ianya akan kelihatan lebih bergaya, diselitkan dengan animasi yang serupa di dalam permainan tersebut. Ianya tidak menyokong MMS.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.