Berita

Aplikasi Spotify Untuk Xbox One Kini Tersedia Untuk Muat Turun

xbox-one-Spotify
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Aplikasi Spotify di Xbox One  kini telah dilancarkan secara rasmi dan boleh dimuat turun dari Xbox Store.

Ura-ura mengenai Spotify akan hadir ke Xbox One muncul minggu lalu apabila wakil Microsoft, Major Nelson, dilihat menggunakan aplikasi itu dan Spotify kemudiannya mengesahkan bahawa aplikasi itu akan dikeluarkan pada konsol Microsoft.

spotify-xbox-one

Baca juga: Akhirnya Spotify Bakal Hadir Pada Konsol Xbox One

Aplikasi Spotify boleh didapati secara percuma dan perkhidmatan premium berbayar. Sebelum diperkenalkan di Xbox One, aplikasi Spotify untuk konsol adalah eksklusif untuk PS3 dan PS4. Perjanjian eksklusif antara Sony dan Spotify diumumkan pada Januari 2015.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.