Berita

Assassin Creed Origins: Akan Dilancarkan Pada 27 Oktober

Diolah oleh hang92

Assassin Creed Origins secara rasmi telah diumumkan pada E3 2017. Pada permainan AC kali ini, Ubisoft akan membawa pemain untuk menjelajah piramid di Mesir, mengesahkan semua khabar angin sebelum ini.

Assassin Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 dan akan menyokong resolusi permainan 4K pada seperti Xbox One X dan PS4 Pro.

No Caption Provided

Permainan ini memperkenalkan unsur-unsur RPG lebih mendalam untuk siri ini, dengan penekanan kepada teknik melawan balas. Dalam permainan ini anda juga boleh menunggang unta. Anda juga boleh mengawal burung seperti helang untuk mengenal pasti sasaran di tempat tersembunyi.

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.