Berita

Assassin’s Creed: Origins Grafiknya Bagaikan Bulan Dipagari Bintang Di Xbox One X 4K

Assassins-Creed-Origins-Xbox-One-X
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Beberapa rakaman baru Assassin’s Creed: Origins bercirikan 4K telah dikongsi pada saluran YouTube GAME. Memperlihatkan persekitaran yang berbeza; berenang, pertarungan dan juga menghendap kawasan dengan menggunakan helang. Semua itu kelihatan sangat menarik.

Rakaman itu juga mempamerkan dengan sedikit penglihatan di menu peralatan dan perkembangan kebolehan bertarung. Terdapat tiga cabang: pahlawan, penghendap dan pemburu.

Satu perkara yang menarik adalah ia kelihatan seperti anda boleh bermain tanpa memilih kebolehan khusus yang perlu diberi tumpuan.

Berikut adalah rakaman video bercirikan 4K di Xbox One X;

Assassin’s Creed Origins akan hadir ke PS4, PC dan Xbox One pada 27 Oktober tahun ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Assassin Creed Origins: Akan Dilancarkan Pada 27 Oktober

[Ura-Ura] Assassin’s Creed: Origins : Apa Yang Patut Anda Tahu

Siri Animasi Assassin’s Creed Dalam Perancangan Untuk Ditayangkan Di Netflix

Sumber: VideoGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.