Berita

Assassin’s Creed Origins: Ubisoft Mengeluarkan Treler Sinematik Terbaru Yang Mengagumkan

assassin's creed origins
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ubisoft telah mengeluarkan treler sinematik terbaru untuk siri Assasin’s Creed yang akan datang Assassin’s Creed Origins.

Video baru untuk permainan ini tidak mempunyai rakaman dalam permainan, tetapi sebaliknya memperlihatkan kita landskap Mesir Purba, yang menjadi latar belakang untuk Assassin’s Creed Origins.

Treler ini diberitajuk “From Sand”, yang mempamerkan segalanya dari piramid, ke bot, dan juga kucing yang berubah menjadi pasir tatkala ditiup angin.

Treler ini berakhir dengan frasa, “Where it ends, it begins”, yang jelas merujuk kepada Assassin’s Creed Origins sebagai permainan pertama secara kronologi dalam francais Assassin’s Creed.

Di dalam berita lain untuk Assassin’s Creed Origins, Ubisoft mendedahkan mod baru awal minggu ini yang dikenali sebagai ‘Discovery Tour by Assassin’s Creed: Ancient Egypt’.

Di dalam Discovery Tour, pemain akan dapat mempelajari lebih banyak fakta mengenai sejarah Mesir Purba dengan mengembara melalui pelbagai lokasi dalam permainan dan berinteraksi dengan objek yang berlainan dalam alam sekitar.

Walaupun Discovery Tour tidak akan terpisah daripada Assassin’s Creed Origins pada pelancaran, ia akan datang sebagai kemas kini percuma pada awal tahun 2018.

Mari kita lihat sinematik treler seperti yang dinyatakan di atas.

Assassin’s Creed Origins akan hadir ke pasaran dalam masa kurang dari satu bulan lagi iaitu pada 27 Oktober ini untuk Xbox One, PS4, dan PC.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Siri Animasi Assassin’s Creed Dalam Perancangan Untuk Ditayangkan Di Netflix

Rakaman Cara Permainan Assassin’s Creed Origins Pada Xbox One X Kelihatan Sangat Menakjubkan

Final Fantasy XV: Selepas Assassin’s Creed Festival, Square Enix Kini Terbuka Untuk Kerjasama Bersama Pembikin Lain

Assassin’s Creed Origins: Video Terbaru Memperlihatkan Cara Berlawan

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia