Berita

Assassin’s Creed Origins: Video Terbaru Memperlihatkan Cara Berlawan

Diolah oleh Konsol

Kita semakin hampir dengan bulan Oktober. Ini bermaksud kurang daripada 2 bulan dari sekarang, permainan legenda Assassin’s Creed Origin bakal dilancarkan.

Permainan pembunuhan terbaru dari Ubisoft ini telah dirancang untuk dilancarkan pada 27 Oktober 2017 bagi playform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Baca jugaAssassin’s Creed: Origins Grafiknya Bagaikan Bulan Dipagari Bintang Di Xbox One X 4K

Seperti sebelumnya, pihak Ubisoft akan giat mempertontonkan video-video pendek berkenaan permainan yang bakal dilancarkan. Ini adalah kerana pihak Ubisoft ingin mempromosikan permainan tersebut disamping memberi sedikit klu dan pengenalan terhadap permainan baru ini.

Baca jugaAssassin’s Creed: Origins : Apa Yang Patut Anda Tahu

Semalam pihak Ubisoft telah mempertontonkan video terbaru bagi permainan Assassin’s Creed Origin. Di dalam video ini, ia telah memperlihatkan cara berlawan yang akan pemain rasainya sendiri apabila permainan ini dilancarkan kelak.

Selamat menonton 🙂

Rumusan

Selepas menonton cara berlawan Assassin’s Creed Origin, apa kata anda? Rasa-rasa mengujakan tak permainan ini nanti?

Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.