Berita

Atari Box Konsol Terbaru Dari Atari Yang Berasaskan Sistem Linux

Diolah oleh Konsol

Kira-kira 4 bulan yang lalu, dunia permainan video telah digemparkan dengan pengumuman dimana pihak Atari yang terkenal didalam dunia permainan video pada era 80-an akan kembali dengan konsol terbaru mereka yang dinamakan Atari Box.

Sejak dari itu, berita tentang kembalinya pihak Atari didalam dunia permainan video telah pun menjadi perbualan hangat bagi golongan-golongan pencinta permainan video sejak dari era 80 an. Mana tidaknya, rata-rata generasi belia (umur 30 tahun keatas) kini mengenal permainan video berasal daripada pihak Atari.

Selain daripada pengumuman tergempar ini, pihak Atari juga sebelum ini telah pun berkongsi gambar acah yang menunjukkan rekabentuk luaran Atari Box. Dari segi rekabentuk luarannya, tidak diragui lagi bahawa Atari Box ialah konsol yang mempunyai rekabentuk yang sangat cantik dan menarik kerana ia nampak moden tetapi masih lagi mengekalkan beberapa ciri retro yang ada pada konsol-konsol Atari sebelum ini.

Terbaru pihak Atari sekali lagi telah pun berkongsi maklumat lanjut mengenai Atari Box ini, dimana menurut pihak Atari, Atari Box ini akan berfungsi berasaskan sistem operasi Linux dan dilengkapi oleh perkakasan seperti cip pemprosessan AMD berserta kad grafik daripada Radeon.

Apa yang menarik daripada pengumuman ini ialah kerana dengan spesifikasi dan sistem operasi sebegini, Atari Box kelak akan boleh memainkan permainan video berasaskan PC, memainkan permainan video berasaskan Linux, memainkan permainan-permainan klasik Atari, menstrim kandungan video, melancarkan aplikasi tambahan, dan melayari kandungan laman sesawang seperti komputer biasa.

Akhir sekali, konsol Atari Box ini bakal dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan dan akan mempunyai tanda harga sekitar $250-$300 (RM 1060- RM 1270).

Okay, kalau mengikut spesifikasi, harga dan rekabentuk luaran, sudah semestinya konsol Atari Box ini boleh dimasukkan didalam senarai barangan yang wajib dimiliki bagi tahun 2018. Adakah anda bersetuju?

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.