Berita

Atari Telah Menceburi Industri Pakaian Dengan Melancarkan Speakerhat

Diolah oleh Konsol

Jenama Atari tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum kerana jenama Atari sendiri cukup gah didalam industri permainan video.

Tetapi nampaknya Atari bukan sahaja mahu menjadikan jenama mereka terkenal didalam industri permainan video.

Malah mereka juga ingin memasuki industri-industri lain selain daripada industri permainan video contohnya ialah industri fesyen dan pakaian.

2 hari lepas, syarikat Atari telah memulakan debut mereka didalam industri fesyen dengan melancarkan produk pakaian jenama Atari yang pertama yang dinamakan sebagai Speakerhat (Topi Berspeker).

Secara umumnya, Speakerhat ini adalah satu topi yang dilengkapi oleh sepasang speaker pada bahagian pelindung atas.

Speaker yang terdapat pada Speakerhat ini dikuasakan oleh Audiowear bagi menjamin kualiti bunyi yang optimum kepada si pemakai.

Selain daripada itu, speaker pada SpeakerhatĀ boleh disambungkan kepada hampir semua peranti dengan sambungan bluetooth.

Saksikan video nyahkotak Atari Speakerhat.

Rumusan

Nampaknya semua syarikat pada ketika ini berlumba-lumba untuk memperkenalkan sesuatu barangan atau teknologi kepada umum.

Boleh dikatakan setiap hari kita mendapat berita barang pintar yang dikeluarkan contohnya kalung gambar digital, penyepit makanan pintar dan pembuka botol pintar.

Ada diantara barangan ini sebenarnya memang berguna dan memudahkan para pengguna. Walaubagaimanapun ada juga barangan yang tidak masuk akal dan hampir tidak berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah didunia sebenar.

Jadi dengan pelancaran jenama pakaian / fesyen oleh pihak Atari, kami merasakan pakaian-pakaian jenama Atari ini hanya dikeluarkan bertujuan untuk dipasarkan kepada pasaran peminat-peminat setia jenama Atari.

Jenama Atari ini juga dilihat lebih boleh dijadikan barangan pengumpul kerana ianya bukan sesuatu barangan yang kita dapat lihat atau beli di tepi jalan.

Itu pendapat kami, pendapat anda pula bagaimana?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang jenama pakaian Atari ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai šŸ™‚

Sumber:Ā Engadget

LIKE dan SHAREĀ Facebook Konsol.MyĀ jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia