Berita

Atlus Akan Melancarkan ‘Shin Megami Tensei V’ Untuk Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Nintendo dan Atlus akhirnya telah mendedahkan apa yang telah dirancang oleh mereka sejak Januari tahun ini untuk peminat semua. Siri keluaran yang kelima permainan Shin Megami Tensei (SMT) akan dikeluarkan khas untuk platform Switch.

Mengikut GameSpot, permainan ini merupakan permainan eksklusif untuk konsol Nintendo Switch. Syarikat Atlus, yang terkenal dengan siri permainan Persona, telah melancarkan satu video acah SMT V yang menunjukkan latarbelakang Jepun moden, raksasa, darah merata-rata dan banyak lagi dalam video acah tersebut.

Kami andaikan bahawa permainan SMT ini lebih kepada permainan RPG yang lebih berat tetapi mempunyai bos-bos jahat dari siri permainan Persona.

Sebelum ini, Atlus telah mencipta siri SMT untuk platform 3DS, yang dinamakan Shin Megami Tensei IV, maka hubungan diantara Atlus dan Nintendo telah terjalin sejak lama dahulu lagi.

Tetapi malangnya, masih lagi tiada khabar berita tentang permainan ini samada akan diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris atau tidak. Untuk peminat JRPG di seluruh dunia, penggunaan Bahasa Inggeris adalah penting untuk kita memahami permainan tersebut kerana bukan semua orang boleh memahami bahasa dan  tulisan Jepun.

sumber: Gamespot

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Persona 5 Diundi Sebagai Permainan Terbaik Sepanjang Zaman Oleh Majalah Famitsu

Sembang Konsol: 5 Sebab Anda Perlu Bermain Permainan Video Persona 5

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Bermain Persona 5

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.