Berita

Atom Universe: Permainan Seakan PlayStation Home Telah Dilancarkan Ke PS4 Dan PC

Atom-Universe
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Masih ingatkan anda dengan PlayStation Home, ruang bersosial seperti Kehidupan Kedua yang dikeluarkan Sony di PS3?

Dimana anda perlu membuat avatar dan berkeliaran di sekitar bandar, berinteraksi dengan pemain lain dan bermain permainan mini dengan pelbagai add-ons dan pengembangan kandungan yang dikeluarkan untuk PS Home ini.

atom-universe-aurora

Walaupun PS Home telah ditutup beberapa tahun yang lalu, satu ruang sosial dari pihak ketiga, yang dipanggil Aurora, dihidupkan kembali.

Pembikin, NDreams, melancarkan semula Aurora ke PS4 dan PC sebagai sebahagian daripada permainan terbarunya, Atom Universe. Permainan ini adalah lebih kepada dunia maya daripada permainan video sebenar, dan Aurora adalah pengembangan kepadanya.

Aurora memberikan anda akses kepada semua yang ada dalam versi PS Home yang asal, termasuk “floating archipelago” dan permainan mini – Orb Runner.

Lihat video di bawah untuk mendapatkan gambaran mengenai Aurora.

Menurut pembikin, Aurora telah dicipta semula dari aset asalnya, PS Home-era. Di samping itu, nDreams telah menambah cabaran-cabaran baru kepada Orb Runner, serta ganjaran baru di dalam permainan.

Atom Universe adalah percuma untuk dimainkan, dan permainan ini merentasi platform di Steam dan PlayStation Network. Aurora juga adalah percuma, tetapi anda boleh membayar untuk mempunyai “ruang peribadi” baru yang dilengkapi dengan tiga item tambahan.

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Mala