Tips

Bagaimana Menghubungkan Pengawal Nintendo Switch Anda Kepada PC

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Buat anda yang sedang bermain Switch tetapi tidak tahu sebenarnya pengawal Switch banyak kelebihannya kerana secara harfiahnya Switch boleh dimainkan dimana sahaja.

Tahukah anda pengawal Nintendo Switch Joy Con dan Pro boleh dijadikan pengawal kepada permainan di PC anda? Jadi ini mungkin boleh menjadikan satu lagi sebab untuk anda memiliki Nintendo Switch yang baru kepada diri anda atau orang yang tersayang.

Anda boleh menggunakan Joy Con ke PC menggunakan Bluetooth 

Image result for joy con to pc

  1. Buka system Bluetooh di Pc anda.
  2. Tanggalkan Joy-Con dari SWITCH seperti biasa.
  3. Tahan nafas anda selama 3 saat dan tekan butang “sync” pada Joy-Con, yang terletak di antara butang SR dan SL – sehingga lampu LED mula berkelip.
  4. Lepaskan nafas anda
  5. Cari perkataan Joy Con di dalam peranti Bluetooth computer anda. Jika sudah mula berkelip itu bermakna anda sudah boleh menggunakan di Pc anda.
  6. Jika anda menggunakan kedua-dua Joy Con serentak, anda sesuai untuk bermain permainan secara kerjasama.
  7. Elakkan bermain dengan permainan grafik tinggi yang berada di PC

Bagaimana untuk menggunakan Pengawal Pro di PC

Pengawal Pro sepatutnya harus lebih hebat dari Joy Con.

Pengawal Pro juga boleh disambungkan ke Windows atau MacOS anda ataupun mana-mana peranti Android.

Tetapi pengawal ini tidak boleh disambungkan melalui kabel USB dan ianya harus menggunakan peranti Bluetooth sama seperti JOY CON

Related image

Pengawal Pro tidak serasi dengan semua PC kerana disebabkan sistem API yang digunakan. 

Salah satu cara untuk memuat turun aplikasi ini adalah dengan menggunakan program percuma iaitu x360ce. Ianya berfungsi untuk menghubungkan arahan directiNput kepada permainan Xinput.

Walaupun program ini direka khusus untuk pengawal xbox 360, namun program ini juga boleh digunapakai untuk pengawal Nintendo Switch Pro

Satu perkara perlu anda tahu ialah anda tidak boleh mengecas Pengawal Pro ketika anda sedang bermain melalui Bluetooh.

Semasa anda bermain mungkin juga akan berlaku sedikit gangguan pada sambungan peranti Bluetooh anda.

Tuntasan

Bagi kami pengawal Joy Con dan pengawal Pro dari Nintendo ini lebih sesuai untuk dimainkan dengan permainan yang lebih lama dengan sistem kawalan yang lebih ringan untuk dimainkan. 

Sistem kawalan yang lebih ringan bermaksud permainan yang tidak menggunakan kesemua abjad pada pepapan kunci anda.

Disebabkan Nintendo sering mengeluarkan tajuk-tajuk permainan lamanya sahaja maka Nintendo dianggap seperti tidak mahu memerah otak untuk sesuatu yang lebih baik bagi memenuhi keperluan pemain pada masa kini. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.