Tips

Bagaimana Menghubungkan PS Now dan Komputer Anda

Diolah oleh hang92

Jika anda terlepas zaman kegemilangan PlayStation 3, keberangkalian anda telah terlepas permainan-permainan hebat seperti The Last of Us, God of War III dan siri Uncharted.

Kini anda mempunyai peluang untuk bermain semula pada komputer anda dengan menggunakan PS Now iaitu perkhidmatan permainan streaming daripada pihak Sony.

Baca disini untuk mengetahui tentang Xbox Game Pass, versi permainan streaming dari Microsoft

Anda dapat bermain lebih 400 permainan PS3 pada desktop atau komputer riba anda, dan jumlah itu akan sentiasa ditambah ke perpustakaan setiap bulan.

Langganan PS Now berharga $ 19.99 (~ RM 88.90) sebulan untuk akses tanpa had ke semua permainan. Dan caranya adalah sangat mudah – jadi teruskan membaca

1 – Pastikan anda mempunyai versi Windows 7 dan ke atas

Sebelum anda bermula, anda perlu memastikan PC anda menggunakan sama ada Windows 7, Windows 8.1 atau Windows 10.

Ada orang lagi yang menggunakan Windows 98? Ok memang ada, kami akui kami pernah terserempak dengan situasi ini di Klinik 1Malaysia cawangan Temerloh.

2 – Sila ambil pengawal DualShock 4 

Untuk mengawal permainan ini anda memerlukan pengawal DualShock 4.

Jika anda mempunyai PlayStation 4 maka sudah tentu anda akan mempunyai satu, tetapi jika anda tidak mempunyai pengawal, mungkin anda boleh lihat senarai pengawal yang kami ulas ini.

Anda juga akan memerlukan sama ada kabel Mini-USB atau adaptor tanpa wayar USB Adaptor daripada Sony untuk menyambung pengawal DualShock 4 ke PC anda.

4 – Pastikan talian internet anda kukuh

Apa pilihan internet yang menggunakan fiber optik terbaik yang ada di Malaysia?

Oleh kerana artikel ini mengenai permainan streaming PlayStation 3 di internet. Maka anda perlu mempunyai sambungan internet yang pantas dan boleh dipercayai untuk bermain game dengan lancar pada PC anda.

Sony mencadangkan sambungan internet 5Mbps atau lebih tinggi, tetapi kami mengesyorkan sambungan in sekurang-kurangnya 10Mbps untuk berada di kondisi yang selamat.

Jika anda tidak pasti berapa keupayaan sambungan internet anda, terdapat laman web pemeriksaan kelajuan jalur lebar, seperti Speedtest.net, yang akan menentukan kelajuan sambungan jalur lebar anda melalui beberapa teknik.

Jika sambungan internet anda tidak mencapai 5 Mbps, PS Now bukanlah terbaik untuk  anda. Lebih baik anda mempertimbangkan untuk bertukar penyedia jalur lebar.

4 – Wujudkan akaun PSN dan langgan PS Now

Jika anda mempunyai PS3 atau PS4 maka anda mungkin sudah mempunyai akaun PSN. Jika tidak, anda perlu mendaftar untuk salah satu di laman web PSN rasmi Sony.

Anda juga perlu untuk melanggan PS Now. Untuk berbuat demikian, pergi ke laman web PS Now dan klik ‘Start your trial’.

Ini memberi anda tujuh hari PS Now secara percuma, yang merupakan peluang yang baik untuk memastikan sambungan internet boleh melakukan streaming permainan PlayStation.

5 – Muat turun aplikasi PS Now

Untuk bermain permainan PlayStation 3 secara streaming di komputer, anda perlu memuat turun aplikasi PS Now.

Sebaik sahaja dimuat turun, log masuk ke dalam akaun PSN anda.

Seterusnya, pasang DualShock 4 anda dan adaptor tanpa wayar dan pilih permainan yang anda mahu untuk mahu secara streaming tersebut.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.