Tips

BAGI YANG SUDAH BERPASANGAN, INI PERMAINAN VIDEO UNTUK ANDA

Diolah oleh hang92

Nanti kalau tak ajak main sekali, dia cakap kita ni pentingkan diri

Kadang-kadang permainan video yang dimainkan itu adalah sebagai satu mekanisme untuk kita melarikan diri dari kesibukan kerja dan juga untuk mengisi masa bersendirian.

Walaupun ada benarnya kenyataan tersebut, permainan video ini lebih baik diisi sebagai aktiviti bersama-sama dengan pasangan kita. Antara detik-detik kegemaran kami dalam permainan video adalah dengan meluangkan masa dengan yang tersayang di sisi kami, dan menikmati bersama-sama keindahan permainan video tersebut.

PlayStation 4 telah diisi dengan beberapa permainan yang hebat — lebih hebat apabila bermain bersama-sama. Tajuk-tajuk permainan yang diberi ini meliputi permainan yang memerlukan dua pemain untuk. Jadi, jika anda sedang mencari untuk permainan baru untuk bermain dengan pasangan anda maka kami mempersembahkan senarai permainan untuk anda.

Berikut adalah 5 permainan PS4 yang menarik untuk pasangan.

Chariot 

Dikeluarkan oleh Frima Studio, Chariot adalah platformer teka-teki yang memerlukan dua pemain untuk bekerjasama untuk menyediakan raja mereka pengebumian yang sempurna. Permainan ini amat ringan dan mampu memberikan keseronokan kepada pasangan.

Permainan ini berkisar tentang pergerakan kereta (chariot) yang digerakkan oleh tali dan mewujudkan tolakan untuk membawa Raja ke tempat persemadian terakhirnya. Bekerja bersama-sama antara 2 pemain adalah kunci untuk mencapai ke destinasi yang dituju.

Rocket League

Rocket League adalah terbaik kerana ia boleh dimainkan serentak 2 pemain secara bekerjasama atau bersaing sesama sendiri.

Terdapat kelebihan untuk semua orang di sini, pasangan juga boleh sama ada membentuk pasukan sendiri atau menyelesaikan permusuhan mereka dalam perlawanan. Bola sepak + kereta pasti menyeronokkan.

The Witness

Permainan yang dicipta ini hampir tidak masuk akal. Permainan ini membuatkan pemain akan pelik keseorangan, tetapi jika anda cuba untuk menyelesaikan teka-teki dengan pasangan anda maka ia boleh membuat kedua orang itu tertawa bersama-sama

Tetapi, sebagaimana yang mereka katakan, dua otak adalah lebih baik daripada satu supaya anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencungkil rahsia pulau itu dengan si pasangan. Ia pasti tidak akan mudah, tetapi ia pasti akan memberi ganjaran!

Gone Home

Tidak perlu menempah tiket wayang untuk malam ini, apa kata anda duduk bersama-sama pasangan anda di sofa, selesaikan misteri bersama, layari corak permainan dan ungkapkan teori permainan bersama-sama.

Gone Home membentangkan cerita yang menarik, dan rumah yang besar untuk diterokai. Kedua-dua pemain juga boleh cuba untuk membuat teori apa yang sedang berlaku, dan mencari klu bersama-sama.

LittleBigPlanet 3

Anda pernah bermain LBP sebelum ni, apa komen anda? LittleBigPlanet 3 adalah menyediakan platform menyeronokkan seperti perkembangan karekter yang tidak mempunyai had.

Akan sentiasa ada peringkat baru untuk anda dan pasangan anda untuk bermain. Tidak semua peringkat adalah mudah, ada diantaranya merupakan peringkat yang sukar, tetapi menemui peringkat baru adalah separuh daripada keseronokan bermain LBP.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.