Berita

Bandai Namco Menawarkan Sejumlah Permainan Dengan Harga Diskaun Di PSN

Diolah oleh Konsol

Murah-murah, permainan murah!

Jika pihak Bandai Namco adalah peniaga seperti di pasar-pasar awam di Malaysia, sudah tentu anda akan mendengar perkataan diatas dilaungkan oleh pihak Bandai Namco untuk menarik pelanggan.

Ini kerana, pihak Bandai Namco telah memberi diskaun terhadap sejumlah permainan yang boleh didapati daripada Playstation Store (PSN).

Antara permainan dengan harga diskaun adalah seperti dibawah:

Dark Souls III RM210 RM126

Dark Souls II: Scholars Of The First Sin RM210 RM105

DragonbalI Xenoverse RM210 RM105

DragonbalI Xenoverse 2 RM219 RM131.40

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 RM239 RM143.40

Tales Of Berseria RM219 RM131.40

God Eater 2 Rage Burst RM219 RM131.40

Accel World VS Sword Art Online RM239 RM167.30

Digimon Story Cybersleuth RM239 RM143.40

Digimon World: Next Order RM219 RM153.30

Gundam Breaker 3 Break Edition RM199 RM139.30

Little Nightmare RM99 RM69.30

Summer Lesson: Hikari Miyamoto RM219 RM153.30

SD Gundam G Generation Genesis RM249 RM149.40

One Piece Burning Blood RM219 RM131.40

Tawaran harga diskaun ini akan berlangsung sekarang sehingga 19 September 2017 ini. Jadi apa tunggu lagi, jom kosongkan dompet anda dengan permainan daripada Bandai Namco.

Untuk mendapatkan permainan seperti diatas, anda boleh layari laman web PSN melalui pautan ini:
Bandai Namco Playstation Store

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.