Berita

Batman The Telltale Series: Episod Pertama Kini Percuma Di iOS

batman-the-telltale-series
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Batman The Telltale Series kini sudah pun di musim kedua, tetapi tidak terlalu lewat untuk mendapatkan pengembaraan terbaru Batman.

Telltale Games telah mengumumkan episod satu daripada Batman The Telltale Series kini boleh didapati secara percuma selama-lamanya untuk semua pengguna iOS.

Di samping itu, mereka melancarkan kemas kini prestasi komprehensif percuma hari ini yang menyediakan peningkatan teknikal yang ketara bagi memastikan siri permainan ini berjalan dengan lancar pada rangkaian yang lebih luas dari peranti berasaskan iOS.

Pemain iPhone dan iPad boleh memulakan pengembaraan mereka hari ini dan mengalami pengalaman Telltale di dalam dunia Batman.

Dalam episod pertama ini, berjudul ‘Realm of Shadows,’ Bruce Wayne mendapati bapanya adalah seorang ketua jenayah yang kejam, memaksa dia mempersoalkan segalanya tentang dirinya.

Sebagai Bruce dan Batman, pemain mesti berunding dengan realiti politik yang kotor dan kejam, serta menghalang Gotham City daripada menjadi huru-hara ketika cuba membongkat kebenaran tentang masa lampau keluarga Wayne.

Batman The Telltale Series episod pertama kini sudah boleh dimuat turun secara percuma. Pemainan ini  sudah boleh dimuat turun di App Store.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.