Berita

Battlefield 1: Berjaya Mengumpul Seramai 21 Juta Pemain Di Seluruh Dunia

Diolah oleh hang92

Ketika ada orang yang sedang menunggu detik untuk bermain dengan permainan yang akan dilancarkan kelak iaitu Call of Duty: WW2, ramai lagi pemain di dunia yang sedang bermain dengan permainan yang bertemakan Peperangan Dunia Pertama Battlefield 1.

Mengikut Electronic Arts, Battlefield 1 telah mengumpul sebanyak lebih dari 21 juta pemain sejak permainan ini dilancarkan pada dua tahun lepas. 

Kejayaan pada permainan Battlefield 1 tidak terlalu mengejutkan kerana EA sudah lama mewujudkan ura-ura yang hebat sebelum permainan ini dilancarkan untuk pasaran global. Untuk pengetahuan anda, video treler pengumuman permainan Battlefield 1 merupakan video permainan yang paling banyak disaksikan di Youtube.

Selepas permainan ini dilancarkan pada bulan Oktober 2016, permainan ini telah mengumpul dua kali ganda pemain daripada francais sebelumnya Battlefield 4, dan permainan Battlefield 1 ini telah mengatasi jualan permainan Battlefield 4 dan Battlefield Hardline sejak dilancarkan pada minggu pertama.

violent-video-game-players-emotionally-desensitized-study-battlefield-1

Hal ini merupakan berita baik bagi EA dan DICE dimana kedua syarikat gergasi ini tampak sudah bersedia untuk melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Star Wars Battlefront 2 yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Sekuel kepada permainan Battlefront yang dilancarkan pada tahun 2015 ini menjanjikan kempen permainan yang terbaik kepada pemain.

Kesimpulan

Kejayaan yang berterusan permainan Battlefield 1 ini juga turut dibantu oleh pelancaran DLC seterusnya iaitu Battlefield 1: In the Name of the Tsar. Masih tiada lagi berita tentang tarikh pelancaran DLC ini namun Battlefield 1 kami pasti ramai yang menunggu dengan sabar untuk bermain dengan DLC yang digembar-gemburkan sebagai DLC terbaik pada permainan Battlefield 1.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Battlefield 1 : Memperkenalkan Askar Wanita Dalam DLC Akan Datang: In The Name of The Tsar

Battlefield 1: Kemaskini Terbaru Membenarkan Anda Bermain Peta DLC Dengan Percuma

Battlefield 1 : Lokasi Pertempuran Di Dalam Dunia Sebenar

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.