Berita

Battlefield 1: Kemaskini Lupkow Pass Sudah Boleh Dimuat Turun Sekarang

Diolah oleh hang92

Kemaskini untuk permainan perperangan dunia pertama Battlefield 1 sudah dikeluarkan sekarang, dan pastinya ianya adalah mandatori.

Dinamakan sebagai The Lupkow Pass Update, ditambah dengan peta baru daripada perkembangan In the Name of the Tsar, Lupkow Pass. Kemaskini ini juga telah membaiki beberapa kerosakan minor disamping baikpulih senjata dan banyak lagi.

Mengikut Gamespot, peta Lupkow Pass terletak di Russia, di kawasan pergunungan Carpathian. Di dalam peta tersebut, banyak daki mendaki diperlukan memandangkan peperangan berlaku di kawasan pergunungan salji. Agak menarik.

Walapupun kemaskini ini adalah bersifat wajid untuk semua pemain Battlefield 1, DICE menyatakan bahawa jika anda berminat untuk bermain di peta tersebut anda haruslah mempunyai Battlefield 1 Premium Pass.

Selain itu, terdapat juga pembaikian pada senjata lain seperti senjata pegun Machine Gun tidak lagi boleh menyebabkan askar yang menggunakannya cedera apabila senjata pegun tersebut dirosakkan.

Untuk penggemar askar berkuda, ada berita baik untuk anda, jika anda sedang menaiki kuda dan kuda tersebut tidak bergerak, keupayaan membelok ditambah sebanyak 25 peratus. Askar berkuda juga boleh membuat lompatan pada mana-mana halangan rendah (ini bagus kerana nak lompat pagar rendah kuda akan tiba-tiba berhenti). Selain itu askar berkuda juga mempunyai pilihan untuk memecut dengan menahan butang yang disediakan.

Anda boleh menyemak senarai penuh ciri-ciri kemaskini terbaru ini pada laman web rasmi Battlefield 1

Di bawah, anda boleh saksikan video treler baru yang dikeluarkan EA yang bertajuk Battlefield 1 Revolution yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Battlefield 1 telah dilancarkan pada Oktober tahun lepas dan permainan peperangan dunia pertama ini sangat popular. Terkini, permainan ini telah mengumpulkan sebanyak 21 juta pemain aktif.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.