Berita Ulasan

Battlefield 1 : Kemaskini Musim Bunga 2017

Diolah oleh hang92

Rupa-rupanya kemaskini 1.08 sebesar 2.6GB untuk BF1 pada tempoh hari lepas merupakan kemaskini untuk musim bunga, begitulah kata pembikin Battlefield 1 ini.

Kemaskini ini melibatkan penyelenggaraan serba sedikit rupa bentuk fizikal di medan pertempuran tetapi ada juga beberapa senjata api yang baru diperkenalkan dan juga tambahan beberapa ciri-ciri lain seperti kemunculan platun dan sistem revive untuk askar Medic.

Platun

Bersedia untuk bertempur dengan platun kegemaran anda. Pembaharuan pada kali ini adalah seperti tag Platun, anda boleh mencipta tag khas untuk platun anda dan berjuang dengan memakai tag yang sama seperti rakan-rakan anda juga.

Berikut adalah gambaran keseluruhan untuk tag platun ini;

Nama Platun – bilangan aksara adalah 3-24. Nama tidak eksklusif. Sesiapa sahaja boleh mencipta seperti nama platun anda
Tag – singkatan daripada nama platun anda, memerlukan bilangan aksara 1-4.  Tag tidak eksklusif.
Huraian – terpulang pada anda nak karang huraian mengenai apa terhadap platun anda sehingga 256 aksara.
Emblem – anda boleh memilih emblem platun dari galeri emblem peribadi anda sendiri.
Jenis akses – pilihan ini menentukan bagaimana pemain lain yang boleh atau tidak boleh menyertai Platun anda:

Peningkatan Keupayaan Askar Medic 

Kami rasa bersalah kerana selalunya kami sudah terbiasa menekan butang ‘SKIP’ sejurus selepas mati. Kami ada nampak askar Medic yang bersungguh datang ke arah kami dan rela mengabaikan keselamatan diri menempuh hujanan peluru tetapi akhirnya kecewa kerana kami sudah menekan butang Skip.

Askar Medic kini boleh memberitahu pemain lain yang sudah mati bahawa anda berada di dalam perjalanan kepada mereka. Pemain akan dapat melihat nama anda berkelip di skrin dan menunjukkan bahawa ada “pegawai perubatan” dalam perjalanan.

Jika pemain tersebut memutuskan untuk menekan butang Skip juga, anda perlu dengan segera menuju ke arah mayat mereka dan sila lakukan rutin Tbag.

Senjata

Kemaskini ini juga akan memperkenalkan empat senjata baru – satu untuk setiap kelas:

Hellriegel 1915 Defensive

Selbstlader 1906 Sniper

Huot Automatic Optical

Martini Henry Sniper

 

Dan sepeti biasa, anda perlu menyiapkan tugasan yang diberi untuk memiliki setiap senjata baru ini.

Lain-lain

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri kemaskini terbaru yang boleh dibincangkan di sini seperti Server Administration, Ribbons, Dog Tags, Isu Xbox dan banyak lagi seperti pembaikian dan penaiktarafan peta di medan pertempuran.

Untuk pengetahuan anda, kami hanya membincangkan ciri-ciri terpenting dalam kemaskini ini. Jika anda ingin membaca lebih lanjut sila tekan di pautan laman web rasmi Battlefield ini.

Akhir kata, berjumpa kita di medan perang Battlefield 1!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.