Berita

Battlefield 1: Kemaskini Terbaru Membenarkan Anda Bermain Peta DLC Dengan Percuma

Diolah oleh hang92

PAda minggu ini, permainan pertempuran Perang Dunia Pertama paling popular di dunia daripada DICE iaitu Battlefield 1 telah menerima kemaskini yang terbaru dan juga peta baru yang ditawarkan percuma kepada semua pemain.

Kemaskini yang dinamakan sebagai “Prise De Tahure,” menawarkan tempoh percubaan premium, iaitu tempoh percubaan kepada pemain yang tidak membeli pas premium untuk mencuba peta-peta premium di dalam permainan tersebut.

Tempoh percubaan ini sama seperti yang dilakukan pada tawaran lepas iaitu sesiapa yang mempunyai pas premium dapat mengajak rakan-rakan mereka untuk menyertai peta premium sekiranya rakan tersebut tidak mempunyai pas premium.

Selain daripada tempoh percubaan premium, kemaskini ini juga menambah beberapa ciri pada peta sedia ada, membaiki mod perlawanan, menaiktaraf UI dan beberapa pembaikian kecil lain.

Battlefield 1 juga mendapat peta baru yang boleh dimainkan pada waktu malam iaitu “Prise De Tahure”. Peta ini menyaksikan perang diantara askar Jerman dan Perancis di dalam peperangan untuk merebut kawasan Champagne-Ardennes. Peta waktu malam ini adalah peta malam yang kedua selepas peta “Nivelle Nights” yang dilancarkan pada bulan lepas.

Kita saksikan video treler tidak rasmi Prise de Tahure di bawah ini.

Battlefield 1 selepas ini akan menerima kemaskini DLC lain pula iaitu “In the Name of the Tsar“ yang boleh didapati mulai September. Peta ini akan membawa kita ke dalam kancah peperangan di Rusia, dan juga askar wanita juga turut diperkenalkan.

Baca juga: Battlefield 1 : Memperkenalkan Askar Wanita Dalam DLC Akan Datang In The Name of The Tsar

Sumber: DICE

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia