Berita

Battlefield 1 : Memperkenalkan Askar Wanita Dalam DLC Akan Datang ‘In The Name of The Tsar’

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Askar wanita boleh dimainkan dalam Battlefield 1 dengan kehadiran DLC yang akan datang ‘In The Name of The Tsar‘.

DICE seakan-akan merperlihatkan tentera wanita melalui tweet baru-baru ini yang menunjukkan gambar depan DLC yang akan datang dengan seorang tentera yang kelihatan seperti wanita.

DICE kemudiannya mengesahkan perkara ini melalui satu lagi tweet selepas itu.

Askar wanita di dalam DLC ini adalah ahli ‘Women’s Battalion of Death‘ – skuad askar wanita Rusia yang telah dikerahkan pada tahun 1917. Unit tempur wanita akan diperkenalkan di dalam Battlefield 1 oleh Russian Scout Class.

Maklumat lanjut mengenai DLC yang akan datang ini akan didedahkan di acara EA Play bulan hadapan.

Battlefield 1 kini boleh didapati di platform PC, Xbox One dan PlayStation 4.

Sumber : wcftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Ura ura : Poster Call of Duty WWII Mendedahkan Tarikh 3 November Untuk Pelancaran

Saksikan Treler Rasmi Call of Duty: WWII

Video : Treler Star Wars Battlefront 2 Mempertontonkan Kempen Pemain Tunggal

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.